28 December 2011

Kongsi


Apakah yang harus saya kongsikan di dalam blog saya yang tidak ramai pengikutnya,yang tiada di dalam carian Google yang paling banyak.Tiada benda menarik yang menarik perhatian pembaca.Ikutkan saya ingin terus sahaja menutup blog ini.Tidak dapat dikesan terus.Namun,terasa sayang pula.Nama PuteraOhtraBulan itu unik bagi saya.Sebenarnya saya teringin pula menjadikan nama itu “BRANDING”.Mungkin jenama fesyen.Entahlah .Wallahualam.Semasa saya ingin mewujudkan blog PuteraOhtraBulan ini,saya masih tercari-cari satu identiti blog sendiri.Yang mampu sedikit sebanyak pembaca berlegar diblog saya walaupun hanya sekejap.(Tidak ingat pula saya ada beberapa nama yang ingin jadikan sebagai identiti blog saya)Saya juga tidak ingat bagaimana saya boleh mencetuskan idea nama PuteraOhtraBulan itu.Cuma suatu masa dulu,masa jiwa muda-muda,saya ada satu band.Selalu “Jamming” di studio.Asyik main lagu-lagu cover.Pada suatu hari kawan saya telah mendapat satu lagu.Cuma liriknya sahaja yang tiada.Kawan yang lagi seorang mula mencipta lirik dan timbullah perkataan itu.Tapi nama lagu itu sebenarnya PUTERIOHTRABULAN.bukan PuteraOhtraBulan.Jadi.Jangan curi ya.Perkataan itu telah wujud selama 12-13 tahun yang lepas.Saya pun musykil bagaimana kawan saya dapat nama OHTRA itu.Hendak cari dalam kamus dewan,rasanya macam tiada dalam kamus.Jadi kepada sesiapa yang tahu apakah makna OHTRA beritahulah ye.
Ini latarbelakang blog yg pertama
Latar belakang blog yg kedua.Ianya berkaitan dgn bulan juga
                                    

Saya akui ,agak ketinggalan blog ini berbanding dengan blog yang lain yang telah mempunyai ramai “Followersnya”.Mungkin kerana saya pun tidaklah seberapa aktif menulis di dalam blog ini kerana masa saya terhad+malas+mood+lain2x.Pernah juga saya mengikut gaya penulisan pada sebuah blog yang saya minati.Namun tuan empunya blog telah mengesannya.Ia agak malu beberapa ketika.Apabila hendak menulis tentang isu politik takut pula salah dan menjadi mangsa.Namun saya berusaha untuk menambahkan ilmu yang membawa kebaikan yang boleh dikongsikan bersama dalam blog ini.InsyaAllah.Walaubagaimanapun semoga tahun 2012 yang bakal menghampiri akan membawa seribu harapan kepada saya dan diri anda semua.Tahun menginjak ke depan.Begitu juga dengan usia kita.Semoga kita dapat berazam meninggalkan perkara yang tidak baik atau segala kejahatan yang pernah kita lakukan sebelum ini.Semoga Allah mengampunkan dosa dan setiap kesalahan yang kita lakukan selama ini.

p/s:Menulis bukan kerana mahu popular.

No comments: