20 October 2011

Takkan Melayu Hilang Di Dunia




Selang 2,3 hari lepas aku rajin pula membaca bahan ilmiah.Dalam banyak2x bahan ilmiah yang aku beli dulu, terlintas dalam hati untuk kembali membaca  sebuah buku yang bertajuk “Takkan Melayu Hilang Didunia”.Buku yang sudah lama aku beli sejak tahun 2003.Kemungkinan inilah satu-satunya buku ilmiah yang paling lama aku simpan.Dan aku ingin rasanya berkongsi ilmu pengetahuan di ruang maya ini.Buku hasil penulisan oleh 2 orang pengarang iaitu Ismail Noor dan Muhammad Azaham.Kata mereka , Penulisan kecil ini bukanlah satu kajian ilmiah untuk dijadikan bahan rujukan bagi pembaca, dan bukanlah juga tujuan kami untuk menjadikannya buku rujukan sejarah.Ia hanyalah iltizam dan istiqamah terhadap perjuangan Melayu yang masih berterusan dalam menghadapi alaf baru ini. Melalui peristiwa-peristiwa krikital serta perjuangan-perjuangan hebat masa lalu, kami berharap mengingatkan orang Melayu sebangsa supaya terus bertekaduntuk  maju ke  hadapan atas landasan penyatuan ummah yang teguh, tidak kira dari pasukan mana kita datang.Buku ini juga tidak berbau POLITIK,kerana kami bukan orang politik jati. Sebagai saranan yang apolitikal, kami berharap agar penulisan ini akan dapat dibincangkan di seminar/bengkel motivasi diseluruh negara. Maksudnya ialah untuk membawa kita kearah Ihdinaal Sirat- al Mustaqim. Bak kata seorang pujangga Sufi, “ Sekiranya kamu tidak mengikuti jalan yang lurus, maka segala-galanya akan menjadi begitu sulit untuk dicari.”Apa pun,janganlah hendaknya agama murni Islam itu dijadikan bahan kawah pertelingkahan mana-mana pihak untuk bersengketa antara satu sama lain. Islam adalah agama maha suci kurniaan Allah SWT kepada insan sejagat, termasuk baginya orang Melayu jati. Islam ialah teras bagi personaliti  Melayu jati.Yang demikian, kesucian agama kita haruslah dipelihara dengan penuh istiqamah.Yang penting sekarang ini, bagaimanakah boleh kita memperkukuhkan keyakinan generasi muda kita untuk meletakkan martabat keMelayuan kita ke tahap yang boleh dibanggakan?Tanggungjawab ini sudah semestinya banyak terletak di bahu pemimpin-pemimpin yang ada sekarang.Kita tidak rela melihat anak-anak muda kita membelakangkan kesucian agama kita kerana kebingungan mereka mengenai apa yang berlaku sekarang.Kita perlu bermuhasabah dan seterusnya bermuzakarah untuk menentukan supaya aliran perjuangan kita berada dilandasan kukuh.
Itulah sedikit sebanyak PRAKATA yang ditulis di dalam buku tersebut.Dengan perubahan kemodenan sekarang,kemungkinan generasi MUDA Melayu tidak mengetahu asal usul Melayu itu kerana mereka ini telah dilambakkan dengan bahan  bacaan hiburan ringan, fantasi,gossip dan sebagainya sebagai wadah mereka……

No comments: