17 April 2011

Hikayat Politik Busuk Mahawangsa

Politik busuk tidak semestinya berlaku di dalam gelanggang politik sahaja.Malah lebih menyakitkan lagi boleh berlaku di ruang lingkup yang kecil sahaja.Contoh di pejabat.Begini,Politik pejabat itu mendatangkan kebusukan apabila berlaku kedengkian seseorang dengan mengucar-kacirkan suasana tenang.Tenang menjadi ribut.Sejuk menjadi hangat.Maka apabila berlaku, akan timbulllah segala yang ISI BUSUK-BUSUK itu.Siapa yang mampu menutupkannya?Kalau di tutup baunya pun ada lagi dan akan bertiuplah angin membawa bau busuk itu di segenap lapisan penjuru pejabat.Maka ,para memanda Perdana Menteri catur di petak belakang pun mula berbunyi. “Disegerakan ambil tindakan kepada si polan tersebut.atau kita minta dia mengaku sahaja,kemudian kita minta dia gantikan dengan segera.”Memanda Perdana Menteri catur itu cuba mendesak para askar . Ikut cakap dia atau kamu akan terima pembalasan.Seraya askar itu datang mengadu meminta nasihat daripada menteri Temenggongnya.Akhirnya Menteri Temenggong berkata pada askar tersebut, ‘Raja tidak pun perintah apa-apa sekalipun.Kenapa dia yang pula yang begitu mendesak?Apakah Perdana Menteri juga terasa bahang api yang sama?Askar itu memikirkan perkara yang sama juga....

Semoga Allah mengampuni dosa Memanda Perdana Menteri,Menteri Temenggong dan askar itu

No comments: