17 April 2011

F1

Tengok , itu merupakan salah satu program tv yang Aqil suka tonton.Perlumbaan Formula Satu. Saya baru menyedari dia begitu asyik menonton F1. Sebenarnya Aqil sudah pandai mengajuk bunyi kereta kalau dia main dengan kereta Ferari mainannya.Siapalah yang ajar lagi kalau bukan ayahnya.Saya mengajarnya bagaimana bermain dengan kereta mainan.Saya juga yang mengajukkan bunyi kereta di depan Aqil dan dia selalu memerhatikan bagaimana saya membunyikannya.akhirnya dia dapat.Alhamdulillah.Mungkin kerana dek bermain dengan kereta Ferari mainannya dan ada bunyi, dia tertarik dengan pula dengan program sukan F1 ini.Ia secara kebetulan,saya bosan dengan program yang entah apa-apa entah pada hari Sabtu lepas, saya dok lah menekan butang remote Astro melihat rancangan yang sedap di tonton.Kemudian,saluran 832 pula sedang menayangkan langsung dari litar F1 China untuk penentuan posisi perlumbaan para pelumba.Aqil di samping saya.Mendengar deruan enjin dari kereta F1 dalam tv tersebut,saya melihat Aqil terus meniru bunyi kereta itu.Saya membiarkan dia menonton F1 dan dia sangat asyik menonton sehingga tamat program itu. Saya sangat teruja.Bagi saya,biarlah dia menonton rancangan sedemikian.Saya juga cuba menghindarkan diri saya dari menonton program yang boleh melarakan dosa-dosa .Mungkin kerana ia sudah tidak lagi ‘makan dengan jiwa saya’. Lebih mendatangkan manfaat menonton program sukan atau National Geografi, Satu lagi saluran tv yang saya biasakan dengan anak adalah OASIS.Setiap kali pukul 7.00 ptg,saya memastikan saluran OASIS di tonton.Tidak tonton pun,dengar pun jadilah.Biasanya sebelum masuk waktu solat,ia akan memperdengarkan alunan zikir,selawat,bacaan ayat Al-Quran dan seterusnya Azan.Kemudian bersambung wirid dan doa.Saya berbuat demikian supaya alunan Zikir serta ayat Al-Quran menjadi penyedap halwa telinga anak saya dan seterusnya semakin hari dia mendengar dan melihat semakin harilah akan sebati dengan jiwanya.Dan mudah-mudahan akan mempermudahkan saya untuk mengajarnya terutama Al-Quran semenjak dari kecil.
………….Semoga Allah sentiasa mengampunkan dosa-dosa saya dan memberikan petunjuk…

No comments: