17 September 2010

Selamat Hari Malaysia


Sebenarnya,pada hari semalam 16 September 2010,genap 12 tahun aku dengan isteri aku mengenali antara 1 sama lain.Bercinta dari zaman sekolah lagi.Tapi semalam adalah cuti umum juga.Kerajaan Malaysia telah member i satu lagi cuti umum yang baru. “Hari Malaysia” .Hari Malaysia akan disambut pada setiap tahun bertujuan menyemai cintakan negara kerana Malaysia mempunyai bangsa yang berbilang kaum yang harus mewujudkan permuafakatan dan saling hormat menghormati  antara satu sama lain.Hari Malaysia wajar diingati kerana dalam lipatan sejarah lalu,ia negara ini di panggil Tanah Melayu.Oleh kerana peristiwa 13 Mei 1963 yang menjadi sejarah hitam kerana tercetusnya rusuhan perkauman,kerajaan bertindak untuk mewujudkan negara yang aman damai semula.Ok.aku tidak ingin menyambung lagi fakta-fakta yang berkaitan dengan sejarah Malaysia itu.Namun ada sedikit yang ingin aku kongsikan disini.Seperti gambar dibawah,itu ialah sebuah buku yang merangkumi semua PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN hingga setakat 1 Mac 2010.(Mungkin akan ada edisi yang akan di kemaskini selepas ini ).Memang bagi mereka yang suka membaca majalah hiburan,gossip,fesyen,sukan atau bahan bacaan yang ringan agak berat juga untuk membaca buku ini.Ini kerana kita mesti memahami dengan perlahan-lahan dengan membaca setiap helaian itu secara teliti.Maklumlah ,ayat-ayat yang disusun pun mengikut ayat perundangan.Namun demikian ,buku ini mengajak kita untuk mengetahui dan memahami apa yang berada didalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA itu.Ia sesuai untuk generasi muda sekarang.Supaya boleh menepis kefahaman @ ideologi politik yang songsang kerana tidak merujuk atau mengetahui  apa yang tersirat didalam buku tersebut.Jadi,selamat bercuti ( pada hari semalam ).Semoga Malaysia kekal aman damai dan makmur.

No comments: