02 February 2010

Apabila Lelaki Menangis


Bila lelaki menangis.

Sejak aku melihat dan mendengar seorang lelaki yang boleh dianggap LELAKI MACHO pujaan wanita / impian anak gadis/cita-cita bermenantukan lelaki seperti FAHRIN "Menangis"..
Aku tumpang simpati.Tap aku tidak mahu cerita kisah kontroversi dia ni.Yang aku nak cerita Bila Lelaki Menangis.

Air mata seorang lelaki mahal.Sebab Jiwa lelaki kental.Ego pun tinggi.Setakat tengok drama nangis2x sedih ni baik dgn awek / bini kena ketawakan aja..Keh3x..

Tapi tak salah kalau lelaki menangis.Macam2x situasi yang membuatkan lelaki itu menangis.Antaranya:-

1.Ketika ibu/bapa/isteri/suami, adik beradik dan saudara mara yang rapat pergi menyambut seruan Ilahi.( Kalaulah ibu/bapa kita yg pergi lagi kita sedih kan? Apatah lagi kalau kita merasakan kita ada membuat kesalahan tetapi kita tidak sempat meminta maaf kepada mereka.Menyesal tidak sudah. )

2.Ketika selamat diijabkabulkan dengan orang yang sangat dicintai.( Perkara ini berlaku semasa aku selamat dinikahkan dengan isteri.Tidaklah menangis.Tetapi sebak berbaur gembira.Lama betul perjalanan KISAH CINTA itu sebelum selamat dinikahkan.)

3.Ketika solat diwaktu malam.( lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat malam dan meminta keampunan daripada ALLAH dgn bersungguh2x penih penghayatan,akan keluarlah air mata itu.)Serius,aku pernah mengalaminya.

4.Ketika menyambut kelahiran anak sulong,dan seterusnya..( Aku rasa ia teruja sungguh sebab aku pun salah seorang yang menunggu kelahiran anak sulong )

5.Tekanan kerja,kehidupan dan sebagainya.( Itu perlu diuruskan sebaik mungkin )

Banyak lagi situasi yang mungkin buat LELAKI MENANGIS.Tetapi kalo yang menangis selalu tak tentu pasal tentang hal remeh temeh.Rimas pula bila jadi macam tu( Aku pun rasa nak tempelengkan aja ).Dan perempuan pula ramai menganggap Lelaki Macho bila menangis.."OOhh..kesiannya bila melihat dia sedih"..Tapi bila lelaki taklah kacak sangat menangis.."Ish,buruknya dia nangis ..alahai.Ntah apa-apa ntah lelaki ni"..Diskriminasikan?

So buat lelaki diluar sana menangis kerana tuhan,famili dan yang masih mencari kehidupan..Kau buatlah..Jangan pula menangis sebab putus cinta.Memang buruk..

Tenang-tenang macam aku ni..Lelaki MACHO,SEGAK,MASKULIN,METROSEKSUAL,TOUGH,DAN ada kalanya boleh bermain pingpong dan berkaraoke dgn baik sekali...

p/s:Iyelah2..aku tarik balik kenyataan keempat2x ciri diatas tadi tuh..

4 comments:

Roselynna Al-Capone said...

hahaha!!
aku gelak je la kat kenyataan yg ko dah tarik balik tu...
nice....

ada said...

lelaki menangis sebab pompuan, yang dia cintai tu mmg sweet sangat,..

fahrin, my shoulder is 4 u to cry on.. heheheehh

Anonymous said...

tapi mcm mane kalo lelaki kononnya menangis smlm..etp soknye menggtal..how??..adeq..

bina badan said...

Dapatkan panduan untuk bina otot badan lelaki supaya anda lebih tough dan macho....