29 December 2009

At the moments..

Hari yg lepas perjumpaan bulanan bersama Pegawai Tertinggi.Dan juga majlis perpisahan dan persaraan bagi pegawai kanan yg bertukar ke tempat baru dan pegawai yg bersara.Bertukar kerana arahan pihak atasan.Bersara kerana masalah kesihatan yg tidak mengizinkan.Apa yg aku pelajari dari majlis perpisahan dan persaraan ini adalah dapat banyak hadiah.Dan pada masa itulah sahabat2 yg 1 tempat kerja mula memberi pujian.."Beliau banyak memberi jasa dan khidmat yang sungguh baik sekali".Iye..Kalau org itu memang bayak memberi sumbangan yang besar kepada jabatannya,apa salahnya di puji.Wow...Kalau begitu aku pun ingin bertukar juga ke tempat lain.Sebab pada masa itu barulah secara terang -terangan kita dipuji dan di hargai.manusia yg mana tak suka dihargai hah?Hendak bersara masih lagi terlalu jauh untuk itu.Perlu lagi 25 tahun untuk bersara wajib dalam perkhidmatan pekerjaan.Itu pun kalau lah masih panjang umur.Kalau tidak, dibersarakan terus dari dunia ini.Pernah juga aku mohon pindah balik ke daerah asal.Namun di tolak.Suami bos aku yg sebagai pegawai tadbir kata..."Bos engkau sayang engkaulah..Hmm..itu alasan tidak membenarkan aku untuk bertukar.Tapi tidak mengapa.Aku jadikan ia sebagai satu tempat untuk menomba ilmu dan pengalaman.Insyaallah mungkin suatu masa nanti akan aku berhijrah ke tempat baru.Mungkin ke Sabah atau Sarawak apa salahnya

1 comment:

Anonymous said...

mungkin dia layak dipuji untuk prkhidmatan yg diberi tp dr segi hati n perasaan he not deserve for that..