13 May 2009

SELAMAT HARI JURURAWAT

Tiada apa yang aku nak storykan di sini.Kerana story-story itu nak di terbitkan disini ia agak menganggu gugat OTAK aku.Tapi aku sihat sejahtera sahaja.Apa yang aku buat sekarang, tengok dan baca BLOG orang-orang kat sini.Kemudian mencelah dalam chatbox "Tumpang singgah, saja tengok.nanti tengoklah blog saya ek!"Dengan harapan diaorang akan singgah kat blog aku jugak..Harap2 linklah kan..Tapi siapalah blog aku dalam blog itu.Mungkin aku belum terer untuk story mory yang baik punya dalam blog aku.setakat ni aku tak ramai peminat pun..Kah80x.Ah..Itu takder hal lah.
Blog2 diaorang cantik2 menarik kau memang da bomb lah..ada sesiapa yang boleh tolong ajar?Tapi aku sungguh suka kalo baca blog citer lawak..Lagi aku suka kalo aku buleh buat citer lawak kemudian bagi diaorang baca sampai putus usus.Mungkin aku di lahirkan seorang yang serius agaknya.Atau sopan santun diam seribu bahasa..Hmm..tak juga..
Cerita panjang2 itu yang aku lemah tu nak karang..Nanti aku kena tengok balik lah format karangan nak mengarang cerita.Dulu aku ada cita2 nak buat novel..( Cis nak buat rumusan karangan pun belum tentu dapat ).Tapi kerja aku sekarang ialah mengarang surat rasmi,kertas kerja dan menyiapkan laporan kerja.Ia sangat teruja.( kah3x..kepala hotaknya teruja..)
Sekarang memang aku takder kerja..Ni yang baru bleh bukak BLOG ni..Itupun nasib ada lah Streamyx..Nak harapkan line pejabat aku ( berjanggutlah nak tunggu..)
2 minggu berturut2 aku ada friendly futsal.Sampai naik bengkak kaki aku.Tapi takperlah..sukan itu menyihatkan badan.tapi sekarang aku tgh syok main pingpong.Dekat pejabat aku ranking no.5 ( pada pengamatan aku )tapi mungkin boleh naik sampai rangking 1 kalo aku terer dapat kalahkan player ranking dari no. 2 pai no.4.( Adoi perasan nak mampus )Tadi aku pegi kedai Cina La Hak ( bukan Ka Hak,memang betul ejannya tu )kedai prasarana alat tulis dan sukan..Aku nak gantikan getah bad pingpong yg dah buruk sangat tu.Rm 40.00 terbang .Tu nak wat bayar hutang( aku dah terpakai ).Baru ada kesan psikologi nak menang.Malam ni aku pegi surau kat kawasan rumah member aku tuk main pingpong.Kat sana ada Otai2 pingpong tunjuk ajar ku sifu..Malam tadi tengok diaorang main.memang terer tahap Gaban diaorang tu.Tapi aku pun terer jugak dalam level no.2 lah kiranya.Level 3 tu tahap terer gaban.
Semalam hari jururawat..Aku boleh tak ingat betul..Nasib baik bini aku tak kisah aku tak ingat.Tapi dia boleh tanya aku semalam ( 12 Mei Hari yang teristimewa apa ? )Aku kata ntah ek..tak ingat..Rupanyer Hari Jururawat Sedunia.Bini aku seorang jururawat da..i'am sory..abg terlupa..tapi aku cakap dengan dia, hari2 adalah hari jururawat sebab bini aku kan jururawat.Perasaan dia kool aja bila mendengar jawapan aku..
Iyer rupanya aku seorang suami kepada jururawat.Kah3x

2 comments:

~Cinta Cukulet~ said...

huu...semalam hari jururawat ke..dah terlepas dah huhu...

PuteraOhtraBulan said...

~Cinta Cukulet~ > Hari Nurse tak macam Hari Raya..Dalam tv pun takder buat pengumuman.Itu yg ramai tak tahu..