20 April 2009

Ekpresi Putera Ohtra Bulan

Assalamualaikum.Selamat pagi,Salam sejahtera..apa khabar engkau orang semua.Harap2 sihat dan masih mampu meneruskan kehidupan yang mencabar dan penuh rintangan ini .Memulakan hari Isnin pd minggu baru yg HEBAT. ( alamak , mcm ayat intro pakar motivasi dalam tv pulak ) .Aku bersyukur pada Ilahi kerana masih di berikan lagi nyawa dan roh untuk meneruskan kehidupan dan di beri peluang untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah.Mlm tadi sebelum aku tidur , ( dah baring2 pun ) , aku telah terfikir . Kalaulah aku meninggal dalam tidur malam tadi..Bagaimanalah nanti ye? Oleh itu apa yang aku buat, aku memaafkan semua dosa- dosa org – org yg mengambil berat kepada aku termasuk isteri , keluarga , dan sahabat2. Berdoa kepada Ilahi agar seandainya aku meninggal , biarlah meninggal dalam iman dan mengucap 2 kalimah syahadah. Namun aku panjatkan doa juga agar aku masih di berikan umur yg panjang untuk melaksanakan beberapa amanah dan tanggungjawab yg masih belum aku tunaikan lagi. Amin…

Tadi itu INTRO sahaja.Mungkin inilah pertama kali aku mempunyai ayat mukadimah yg lebih 10 perenggan…Memang pagi ini aku dah mengadap awal2 dekat komputer ni sementara menunggu taklimat di pejabat aku..Dua hari lepas , semasa aku dalam perjalanan balik dari menghantar isteri ke tempat kerjanya.Di dalam kereta aku telah terfikir 1 persoalan. Mungkin juga persoalan ini pernah engkau orang terfikir jugak..Mungkinkah lagi kita masih BERBLOG pada 20 tahun akan datang ? Bagaimana rupa BLOG 2 abad akan datang ye ? Apakah kita akan BERBLOG dengan menulis apa sahaja yg kita lalui dalam kehidupan kita pada setiap masa ? Adakah kita masih BERBLOG lagi pada 20 tahun akan datang? Apakah akan ada 1 lagi medium yang seakan BLOG tapi bukan di panggil BLOG yang akan kita tukar dan gunakannya pula yang lebih canggih lagi?.Mungkin di panggil dengan perkataan lain.Apakah kita BERBLOG sehingga ke hari tua? Kemudian boleh kita tunjukkan kepada anak , cucu , cicit kita.

Inilah yang aku fikirkan dan cuba bayangkan..Agak2 engkau orang berat tak soalan ini pada engkau orang ?( ish , apalah merepek puteraohtrabulan ni.) Mungkin bagi aku , selagi ada BLOG..mungkin selagi itulah aku akan BERBLOG..Pada masa sekolah2 dulu , aku ada menulis apa yang aku lalui dulu..Seingat aku menulis dalam diari pada tingkatan 4. pada masa tu aku terasa sangat nak menulisnya. ( Ha3x.. mcm tak percaya pulak seorang lelaki , di ikutkan sifatnya yang mcm terserlah kebrutalan , rock dan metalnya, boleh pula tulis diari.He3x ).. Dulu tulis dalam diari , ia seperti 1 rahsia yang diluahkan ke atas kertas tanpa di ketahui sesiapa. Tapi aku berhenti tulis diari selepas Form 5..Sebab apa ? aku pun tak tahu.. Mungkin aku kehilangan momentum.. Dan dari diari pula aku beralih ke BLOG ni sekarang. Terfikir jugak BERBLOG ni mungkin ada orang tengok atau takder…Tapi itu tidak menjadi isu..

Isu? Isu apa yang hendak di tuliskan disini?Sebelum aku memulakan BLOG ini, aku telah melihat beberapa BLOG lain. Mungkin sama sahaja isunya..Apa yang kita buat, kita lalui..Mengekspresikan perasaan kita yang mungkin para BLOGGERS baca , mereka dapat bayangkan apa yang sedang kita lalui. Mungkin juga menulis BLOG merupakan 1 terapi untuk kita. Sebab apa yang kita tulis, orang lain baca dan memberikan komen..Ia sesuatu yang agak bagus juga. Mungkin juga dengan menulis di BLOG akan mempertajamkan akal fikiran kita kan ? Mengeluarkan idea atau pendapat yang bernas dan dapat mempertingkatkan penggunaan bahasa Melayu yang lebih baik . Baik penulis BLOG yang mungkin bekerja sebagai Pencuci Tandas sehingga ke Perdana Menteri , ia satu medium atau media interaktif yang sangat berguna. Aku mengucapkan terima kasih kepada seorang sahabat yang sanggup meluangkan masa untuk aku walaupun tidak sampai sejam untuk mengajar aku cara menggunakan BLOG walaupun pada masa itu dia sedang menyiapkan assignment dia..( Bro..nanti jumpa kita settle makan malam lah yer )

1 comment:

~Cinta Cukulet~ said...

ya saya setuju..blog adalah satu cara mengekpresi diri...blog boleh buat kita jadik ketagih, mahu menulis, menulis dan terus menulis hehehe