14 April 2009

Al Fatihah

Pagi tadi,6.40 pg aku dapat berita mendukacitakan.Seorang kakitangan di pejabat aku telah kembali ke Rahmatullah kerana penyakit kencing manis ( dah kronik sangat ).Dan pagi tadi juga,pejabat aku dgn serta - merta membuat bacaan Yassin dan sedikit tahlil ringkas bagi arwah Pakcik A.Razak B. A.Aziz.Aku turut menyertai bacaan Yassin secara beramai-ramai.Suasana pejabat kelihatan agak suram dengan berita pemergian rakan sekerja ini.Selepas itu aku dan rakan2 sekerja lain pergilah menziarahi jenazah arwah di rumahnya.Seterusnya mengiringi jenazah sehingga ke makam perkuburan.Sekurang-kurangya ia mengingatkan aku dengan kematian dan kena bersiap sedia untuk menghadapinya kerana kita pun tidak tahu bila ajal kita menjemput kita pula.Itulah realiti kehidupan tadi dunia..Aku kena ambil iktibar dan bersyukur kerana masih lagi diberi oksigen dan nafas di muka bumi ini.Aku berdoa pada Allah semoga dipanjangkan umur,di murahkan rezeki,sihat tubuh badan,bahagia rumah tangga.ada zuriat yang soleh-solehah.Kerana doa itu senjata bagi orang mukmin.Dan banyak perkara dan impian aku belum capai lagi.

No comments: