17 November 2014

Blogger Yang Aku Kagumi

Aku mengagumi blogger zharulnizamshah yang lebih dikenali sebagai Pujangga Seni.Facebook beliau boleh klik di sini.Aku mengagumi dirinya kerana penulisan beliau di dalam blognya sering lebih mengutamakan Yang Maha Pencipta terlebih dahulu.Penulisan beliau lebih terarah kepada bidang yang telah lama diceburinya sebagai pendidik khususnya di dalam Pendidikan Khas.Penulisan Pujangga Seni ini juga mengutamakan penggunaan ayat-ayat yang betul dari frasa dan kosa katanya.Selain itu beliau juga banyak menghasilkan artikel mengenai pengalaman beliau sebagai seorang guru.Pada aku artikel yang sangat menarik untuk di baca dan meruntunkan hati kita ialah dimana beliau terpaksa naik turun mahkamah menghadapi satu pertuduhan kes kemalangan yang melibatkan anak murid beliau yang telah meninggal dunia.Kalian boleh di baca di sini.Setiap penulisan Pujangga Seni ialah satu catatan kebenaran.Begitu juga dengan pengalaman beliau dalam kembara Memali.Pernahkah anda membaca tentang kisah itu?Beliau bersama isteri dan anak-anak mengembara untuk mencari dan memburu maklumat,fakta ,mangsa yang masih hidup semasa tragedi itu berlaku dan juga ingin mengunjungi pusara Allahyarham As-Syahid Ibrahim Libya.Kebiasaan kita sebagai ibubapa jikalau cuti persekolahan,kita akan membawa anak-anak melancong ke tempat menarik seperti pulau peranginan dan sebagainya.Namun bertuah bagi anak-anak Pujangga Seni kerana cuti persekolahan mereka dibawa tempat-tempat gedung ilmu agama di Parit Panjang,Sik Kedah dan berjumpa dengan ulama tersohor iaitu Tuan Guru Haji Salleh bin Musa serta menemui beberapa ulama yang lain.Kembara Memali Bersiri 1,2 dan 3 boleh dibaca di sini

Walaubagaimanapun,sudah hampir setahun Pujangga Seni tidak mengemaskini blognya kerana beliau seoarang yang sangat sibuk dengan tugas hakiki dan sedang menyiapkan novel terbarunya iaitu Runcing 2.Oh ya.Sebenarnya abang Zharulnizamshah merupakan seorang Novelis.Beliau telah menghasilkan beberapa karya novel seperti Nasuha,Bisikan An-Nur dan Rengsa yang sangat baik.Namun Runcing ialah genre novel yang berunsurkan seram tetapi penuh sarat dengan kalam Allah.Runcing sangat bagus untuk dibaca.dan sesuai untuk semua golongan.Aku rasa blogger-blogger yang meminati novel harus mendapatkan novel Runcing ini.Abang Zharunizam Shah juga mempunyai kelab peminatnya facebooknya yang tersendiri.di mana mereka merupakan pengikut karya-karya novel yang terkini.Blognya tidak menjana sebarang income,Tetapi penulisan beliau banyak membantu aku untuk berfikiran lebih matang dan cuba lebih mengarahkan hidup ini tidak menjadi sesuatu yang sia-sia.InsyaAllah.Semasa aku mula-mula berblogging ada juga aku cuba meniru gaya penulisannya sehingga beliau sedari dan perasan akan gaya penulisan.Ia sangat berpengaruhkan?Tetapi bagaimanakah aku mengenali Pujangga Seni dengan dekat?

Secara dekat,aku mengenali Abang Zharul ini kerana,beliau merupakan jiran sebelah rumah ayahku di Segamat beberapa tahun yang lepas sebelum beliau dan keluarganya berpindah ke Putrajaya pada tahun 2013.Beliau seorang cikgu yang mengajar di sebuah sekolah menengah di dalam daerah Segamat.Seorang jiran yang sangat mengambil berat terhadap jiran sebelah rumahnya.Masakan tidak sewaktu aku mengadakan majlis perkahwinan aku,rumah beliaulah menjadi tempat membasuh pinggan dan cawan dan begitu juga semasa majlis perkahwinan adikku.Segala budi baik blogger Pujangga Seni,aku serahkan kepada Allah s.w.t untuk membalas jasa-jasanya.Apabila beliau isterinya yang ku panggil Kak Ina serta anaknya berhijrah ke Putrajaya,ia seperti terasa kehilangan sesuatu yang manis terutama kepada Allahyarham Ayahndaku kerana ayahku juga amat rapat dengan Abang Zharul.Sewaktu aku mendapat berita yang mendukacitakan dari ibuku aku masih ingat lagi beliaulah antara orang yang terawal aku maklumkan mengenai pemergian ayahndaku ke Rahmatullah.Walaupun kesibukan beliau dan mempunyai masa yang terhad apabila pulang ke Segamat abang Zharul jugalah antara jiran yang ke hospital terlebih dahulu sehinggalah jenazah Ayahndaku di bawa balik ke rumah.Ada juga berita yang beliau hendak balik ke tanah kelahirannya Segamat dan kembali melakukan rutin biasanya seperti mengajar di sekolah dan bermain takraw tetapi Allah telah mentakdirkan dia memegang tanggungjawab yang lebih tinggi demi pendidikan khas.Walau bagaimanapun,hubungan ukhwah kami masih kekal kuat kerana  masih boleh menghubunginya melalui Facebook ataupun telefon.

Kredit dari FB Pujangga Seni

Banyak kenanagan dan pengalaman aku semasa Abg Zharul menjadi jiranku pada waktu dahulu.Namun ini sahalalah yang dapat aku ringkaskan di sini.Begitulah sedikit sebanyak mengenai blogger yang aku kagumi sewaktu mula-mula aku di dalam dunia blog ini.Semoga Allah memberkati dan memberikan ganjaran pahala di atas beliau dan keluarganya.

P/s : Entri ini telah lama di tulis kerana ingin menyertai "Contest Blogger Yang Di Kagumi" yang dianjurkan oleh Nadot's Words sebelum ini, tetapi tidak mengapalah kerana aku ingin menjadikan ia satu entri luahan yang ikhlas dari dalam lubuk sanubari ini.

InsyaAllah akan review Novel Runcing beliau dalam masa terdekat ini.




1 comment:

wan muliani said...

antara blog blog yang menarik..