26 October 2014

TV AlHIJRAH -- Segalanya Bermula Di Sini

TV AL HIJRAH pencetus revolusi dakwah dalam bentuk media elektronik yang cepat dan pantas berkembang.Tanggal 1 Muharram 1436h semalam,TV ALHIJRAH telah memasuki ulangtahun ke 4 penubuhannya. Tahniah diucapkan kepada TV AL HIJRAH kerana ia telah menjadi sebuah stesen TV berkonsep Islam pertama dan  berusaha menyediakan kandungan segar dan memenuhi keperluan penonton masa kini berbentuk majalah,dokumentari,drama,berita,ehwal semasa,hiburan dan riadah berlandaskan prinsip Islam dan nilai sejagat.TV AlHIJRAH juga sebagai stesen pertama yang memperkenalkan Islam sebagai gaya hidup dan sesuai ditonton oleh semua lapisan umur,bagi penonton Islam dan bukan Islam juga .TV ALHIJRAH juga menjadi stesen TV percuma berfungsi sepenuhnya dalam teknologi Digital dan Aplikasi Penyiaran Difinasi Tinggi yang pertama dalam negara.Satu kemudahan yang membawa penonton ke dunia baru melalui digital yang lebih trend.Mungkin juga tidak lama lagi dengar khabar Tv Alhijrah dapat ditonton melalui paparan HD di saluran 113 Astro.Kita tunggu sahaja nanti.

sumber gambar diambil dari koleksiluahanrasa.blogspot.com

Aku mengenali dan menjadikan TV AL HIJRAH sebagai TV nombor satu di rumah selepas stesen TV itu dilancarkan di ASTRO saluran 114.Kalau tidak silap aku pada masa tahun 2012 .Walaupun Astro turut menyediakan ASTRO OASIS,namun kandungannya tidaklah banyak seperti yang ditawarkan oleh TV ALHIJRAH.LagipunTV ALHIJRAH menetapkan piawaian yang amat ketat selaras dengan prinsip syariat Islam.Jikalau anda perasan, drama yang ditayangkan di TVAL HIJRAH pelakonnya akan menutup aurat dan dramanya boleh ditonton oleh seisi keluarga termasuk kanak-kanak.Tidak seperti drama di TV lain yang ada menetapkan kategori 13 tahun ke atas sahaja yang boleh ditonton.Manakala dibawah umur berkenaan perlu mendapatkan panduan ibubapa.Hhmm…..Antara rancangan paling buat aku tertarik di TV-AL HIJRAH ialah 30 Minit Ustaz Don.Aku sangat suka akan rancangan ustaz Don atau nama penuhnya Ustaz Don Daniyal Don Biyajid .Ustaz muda yang kacak ,banyak ilmu tetapi sangat merendah diri.Kalau dia tidak tahu tentang sesuatu perkara,dia akan berterus terang sahaja .Memang sangat sesuai dengan gaya persembahan dan personalitinya.Ada ilmu fardhu ain,ilmu fardhu kifayah dan juga mempelajari Al-Quran  yang disampaikan secara santai dan ceria  untuk audiens di rumah.Jadi perkara-perkara ttg hal –hal berkaitan hukum hakam agama , syariat dan sebagainya dapat kita pelajari dan mengetahui  melalui TV juga.Sudah tiada alasan lagi untuk aku menambahkan ilmu agama bagi diri sendiri dan di ajarkan kepada isteri dan anak-anakku pula.Begitu juga dengan anakku Muhammad Aqil Zahwan turut mengenali siapa ustaz Don.Ini kerana aku sering kali menonton programnya sama ada ulangan ataupun secara langsung sebelum ini bersama dengan Aqil.

Sumber gambar diambil dan disunting sendiri dari Laman Web Tv Al-Hijrah.
Selain dari program 30 Minit Ustaz Don,program seperti Dikir Zikir best juga.Hosnya ialah Ustaz Ghazali Ibrahim dan bersama anggota UNIC.Ia seperti satu program bual bicara tetapi tertib dengan kupasan isu-isu semasa mahupun hukum-hakam dalam Islam.Ada juga program berbahasa Inggeris seperti Reflection yang dihoskan oleh Imam Shuaib Webb dari Amerika.Walaupun program berkenaan dalam bahasa Inggeris tetapi dengan ada sarikata,aku yang tidak fasih bahasa Inggeris sedikit sebanyak boleh faham apa yang di sampaikan oleh Imam Shuaib Webb.Program seperti Cinta Ilmu,Al-Maraaya ,Majalah Islam,Man Jadda Wa Jadda dan Assalamualaikum semuanya mempunyai tarikan isi kandungan yang sangat kuat.Begitu juga rancangan untuk kanak-kanak dalam Zon Aulad seperti Pada Zaman Dahulu dan juga beberapa siri kartun yang lain,semuanya sesuai mengikut landasan Islam yang mempunyai teladan dan tiada unsur – unsur yang memudaratkan keperibadian kanak-kanak.Aku memang memilih kartun-kartun untuk anak-anak aku yang baik-baik sahaja kerana rancangan kartun pada sekarang seperti tidak sesuai untuk ditonton pada masa kini.Alhamdulillah kesannya dan sedikit  tarbiyah dari aku ,si Aqil langsung tidak meminati kartun selain Upin dan Ipin,Pada Zaman Dahulu dan yang hanya dapat ditonton di TV AL HIJRAH.Walau bagaimanapun aku tidak boleh berhenti di situ sahaja kerana dalam mendidik anak mestilah diteruskan sehingga dia benar-benar menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.

Sumber gambar diambil dan disunting semula  dari Laman Web Tv Al Hijrah
Pengacara dan hos dalam program Assalamualaikum  seperti Amin Idris,Irma Hassimie,Farrah Adeeba,Aimie Soffia,Ustaz Toha dan Ustaz Dr. Mohd Izhar semuanya disatukan dan menggunakan kepakaran masing-masing dalam  menyampaikan ilmu dan dakwah secara tidak langsung mahupun secara langsung,ia sangat memenuhi keperluan insan yang dahagakan ilmu dan maklumat berfaedah.Dalam program hiburan pula,TV AL HIJRAH telah membawa kesan yang sangat luar biasa di mana program hiburan seperti Malam Cinta Rasul telah menarik muda-mudi untuk berubah ke satu hiburan yang bermanfaat dan banyak pahalanya.Inilah satu program hiburan bagi aku ia sangat berjaya.Ia sangat berjaya kerana telah beberapa kali diadakan pada tahun ini di beberapa tempat berlainan ia menarik hampir puluhan ribu umat Islam menyertai Selawat Perdana Malam Cinta Rasul tidak kira muda dan tua,kanak2x.Ia sangat best.Aku tidak pernah menyertainya lagi dan aku berharap dapat membawa isteri dan anak-anaku ke Selawat Perdana Malam Cinta Rasul sekiranya diadakan pada tahun depan dan dengan masa yang mengizinkan.Itulah hasrat dan niatku untuk anak-anakku.Biarkan mereka merasakan bahawa inilah program hiburan yang sangat baik untuk mereka.Anak-anakku seperti Aqil telah pun menghafal sedikit lirik Ya Ha Na Na dan Solatun Bissalabimubini.Dalam kereta pun sentiasa memperdengarkan Qasidah dari alunan suara Habib Syech Assegaf.Aku yakin ramai emak bapa sekarang mempunyai CD Qasidah ini yang diperdengarkan dalam kereta sebagai hiburan halwa telinga.
Pengaruh TV juga boleh membuatkan hati kita berubah .Benar,aku dan isteri sangat seronok dan tenang apabila menonton TV AL HIJRAH.namun bukanlah aku tidak menolak program TV yang lain.Tetapi program yang baik-baik akan aku tonton jugalah.Namun ia terserahlah kepada kalian yang mempunyai kegemaran program rancangan tv tersendiri JOleh itu aku mengucapkan Selamat Ulang Tahun yang ke 4 pada TV AL HIJRAH dan semoga menjadi wadah media utama kepada khususnya Umat Islam Malaysia.Segala maklumat lanjut tentang TV AL HIJRAH dan rancangan boleh mendapatkannya di laman web di sini


P/s : Alfatihah buat Allahyarham Datuk Bukhari Che Muda yang merupakan CEO TV AL-HIJRAH pertama.Beliau merupakan salah seorang pengasas stesen TV Al-Hijrah juga.

No comments: