21 October 2014

Apabila Ariq Masuk Hospital

Menjaga anak kecil yang masuk ke dalam wad mengajar kita sentiasa kena bermuhasabah diri.Ini pengalaman yg telah biasa aku dan isteri menghadapinya.Pada tahun2x lepas , anak pertama dan kedua "check in " di hospital selama beberapa hari.Paling kerap masuk hospital ialah anak aku yang sulong, Aqil.Seawal 3 bulan dia telah dimasukkan hospital.Tapi,dia telah berusia 4 tahun sekarang ini dan Alhamdulillah sekarang Aqil sihat,cergas dan cerdas sekali.Begitu juga si Dahlia dimasukkan ke kecemasan dan ditahan wsd selama 2 hari kerana terjatuh dari atas katil ketinggian 2 kaki dari lantai menyebabkan muntah2x pada tahun lepas.Alhamdulillah.Dahlia selamat dari kecederaan serius.
Pada hari Ahad minggu lepas,anak ketiga aku di bawa ke hospital Segamat untuk tujuan pemeriksaan lanjut ke atas dirinya.Ini kerana terdapat cecair/lendir yg berada di dalam telinga Ariq.Risau juga kerana ia melibatkan deria pendengaran.Sebelum itu,aku telah membawa Ariq ke klinik swasta terlebih dahulu.Doktor yg melakukan pemeriksaan memberikan ubat titik antibiotik dan membuat "seduction" bg mengeluarkan cecair yg berada di dalam telinganya.Doktor juga menasihatkan sekiranya dalam masa tiga hari masih lagi terdapat cecair berkenaan,bawa Ariq ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.Apabila keadaan telinga Ariq tidak berubah pada hari ketiga,aku dan isteri sepakat terus membawanya ke hospital.Di hospital,doktor membuat pemeriksaan ke atas dirinya dan bertanya keadaan Ariq sebelum ini.Sebenarnya Ariq ada demam pada 2 minggu lepas,dan juga mengalami batuk selsema yg berterusan.Doktor memberitahu kemungkinan ada jangkitan di saluran telinga menyebabkan lendir itu berada di dalam telinga.Ia dipanggil "Otitis Medie".Doktor mengambil sampel darah dan juga membuat x-ray pada Ariq untuk mendapatkan gambaran kesihatan Ariq sepenuhnya.Alhamdulillah,Ariq tidak mendapat jangkitan lain.Namun perlu ditahan dalam wad untuk pemantauan seterusnya dari doktor yg bertugas.Ariq di masukkan antibiotik melalui tiub di tangan tetapi tidak sampai sejam,dah terbuka balik tiub itu dari tangannya.Aktif sangat si kecil itu.Sampel lendir itu turut diambil bagi mengetahuinya punca jangkitan.Pada hari Selasa,barulah Ariq dibenarkan balik.Hasil diagnosis sample lendir yg diambil dari dalam telinga Ariq menunjukkan ada kuman.Ariq diberikan 2 jenis ubat antibiotik yg perlu Ariq habiskan selama 2 minggu.Antibiotik mmg perlu dihabiskan kerana untuk meningkatkan imun dalam badan bagi membunuh bakteria.Ariq jugs perlu berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan susulan untuk memastikan dia telah sihat sepenuhnya.
Itulah pengalaman aku dan isteri apabila ketiga-tiga anakku di masukkan ke dalam hospital apabila mengalami masalah kesihatan dan juga kes kecemasan.Semuanya itu mengajar kita bertenang dan merancang utk menghadapi situasi begini.Aku pun belajar sbg seorang suami dan ayah bagaimana menguruskan situasi berkenaan supaya semuanya berjalan lancar.Sebagai ketua rumahtangga,kita perlu alert dengan keadaan kesihatan anak2x kita.Apa yang penting kita hendaklah membawa anak kita ke klinik seawal yg mungkin bagi mendapatkan rawatan supaya kesihatan anak tidak melarat menjadi lebih tidak baik.Anak amanah dari Allah s.w.t.Jadi kita mesti menjaga anak kita sebaik mungkin. :)

2 comments:

blogger lelaki said...

pada aku..kalau benda tak berapa serius aku lebih suka tunggu dulu..jika betul2 parah baru aku pergi ke hospital..sebab kita tahu nak tunggu dekat kecemasa tu bukannya sekejap..kesian pula dekat anak-anak duk tunggu dekat situ..lepas jumpa doktor just bagi ubat je

PuteraOhtraBulan said...

Betul bro...di unit kecemasan akan mengutamakan kes yang sangat cemas dahulu...