22 April 2014

Ya Rabb , Permudahkanlah Perjalananku Untuk Menjadi TetamuMu di Sana.

Berdebar hati ini.Tidak dapat membayangkan lagi bagaimanakah perjalanan ke sana dan sehingga sampai di sana dan berada di sana di dua Tanah Suci itu nanti.Aku terpaksa meninggalkan isteri yang sedang berpantang setelah melahirkan anak yang ketiga dan bersama dengan dua orang anak aku lagi yang berusia 4 tahun dan 1 tahun 5 bulan di rumah emak mertuaku dengan bersama kakak isteriku. Alhamdulillah ,adik beradik isteriku tingaal berdekatan antara satu sama lain .Aku akan menunaikan Umrah pada 23hb April sehingga 04 Mei 2014 bersama dengan bondaku sahaja melalui sebuah agensi pelancongan di Segamat yang menguruskan perjalanan Umrah kami nanti.
Selama 12 hari ( termasuk perjalanan pergi dan balik ) aku akan meninggalkan keluargaku sementara.Inilah perjalanan paling jauh aku lakukan dan meninggalkan keluargaku dalam tempoh yang lama.Kalau pergi kursus pun sebelum ini hanya 3 atau 4 hari sahaja aku tinggalkan.Sebenarnya jikalau ayahanda aku masih lagi ada di dunia ini , mingkin aku belum pergi ke Tanah Suci Mekah. Sepatutnya bondaku mengerjakan Umrah bersama ayahandaku adik aku yang bongsu turut serta kerana keadaan ayahanda yang uzur disebabkan dia mempunyai rawatan dialisis.Jadi sudah tentu ada orang yang membantu ayah dalam mengerjakan ibadah Umrah. Namun , Allah lagi Maha Penyayang , ayahandaku telah dijemput Ilahi sebulan sebelum mereka bertolak ke sana. Hanya adikku sahaja yang pergi berseorangan mengikut jadual yang telah ditetapkan sebelum ini.Bondaku tidak dapat pergi kerana dalam Edah selama 4 bulan.
Allahu Akbar.
Aku bersyukur kerana Allah telah memberikanku peluang dijemput hadir ke Mekah menjadi TetamuNya.
Mudah-mudahan aku dapat mengerjakan ibadah Umrah ini sehingga mendapat Umrah Makbullah.Aku juga berdoa pada Allah agar Dia mempermudahkan perjalananku dari sini sehinggalah sampai di sana.Aku juga bermohon pada Allah supaya Allah menjaga keluargaku , isteri dan anak-anakku sepanjang ketiadaan aku bersama mereka.Sesungguhnya aku telah berniat mengerjakan Umrah ini untuk aku mengenal diri sendiri , membersihkan diri , rohani , jasmani , ingin merasakan diridekat dengan Allah supaya aku dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik dari sebelum ini. Maklumlah aku akui ,aku bukanlah seorang hamba Allah yang baik.Banyak dosa-dosa dan kesilapan yang aku lakukan dalam tempoh aku masih bernyawa selama ini .
Aku juga telah berpesan pada sahabat baikku , kalau berlaku apa-apa padaku di sana , dia dapat memberikan wasiat aku pada keluargaku iaitu isteriku.Walau bagaimanapun aku berdoa semoga Allah masih memberikan usia ku yang panjang agar dapat melihat anak-anakku membesar lagi.Namun siapalah yang boleh menolak kuasa Allah s.w.tAku juga telah berpesan pada anak sulongku Muhammad Aqil Zahwan supaya boleh menjaga dan mendengar cakap uminya.Menolong uminya sekira memerlukan bantuan dan boleh mandi sendiri tanpa disuruh lagi kerana kebiasaanya aku yang akan minta dia mandi dan aku juga memandikan budak itu.Aku berpesan lagi agar dia boleh bertanggungjawab menjaga adik-adik dia iaitu Annur Dahlia Iffah dan Muhamamd Ariq Zakwan yang baru berusia 16 hari.Lagipun Aqil sudah besar dan berusia empat tahun.Sudah mengerti akan kehidupan ini sedikit demi sedikit.
Oleh demikian , blog ini tidak akan berupdated dari Rabu ini sehnggalah aku selamat sampai ke Malaysia semula pada 4hb Mei 2014.Mohon ampun dan maaf kepada pembaca blog dan rakan-rakan blog seandainya ada penulisan di dalam blog ini mencetuskan kegelisahan ataupun tidak setuju dengan artikel mahupun ada yang terasa hati diatas terbitan penulisan pada blog ini dan saya bermohon pada tuan-puan walaupun kita tidak kenal anatara satu sama lain ,mendoakan saya dan bonda saya selamat di sana sihat walafiat di jauhkan dari perkara mengaibkan mahupun bahaya semasa berada di Tanah Suci Mekah itu nanti.

P/s : InsyaAllah,akan berkongsi pengalaman ketika berada di Madinah dan Mekah sekembalinya dari sana di dalam blog ini nanti.

Firman Allah bermaksud: "Dan orang yang beriman lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah at-Taubah, ayat 71)

1 comment:

Ury said...

Moga dipermudahkan segalanya. Selamat pergi dan selamat kembali.