03 April 2014

Ini Satu Memori Ia Sangat Sentimental

Aku seorang jurufoto amatur.Tapi tidak pernah lagi untuk mengambil 'job' bagi sebuah majlis perkahwinan.Namun sejak dua menjak ini , seorang sahabat sekerja mengajak aku untuk mengambil fotografi bagi perkahwinan mahupun pertunangan dan sebagainya.Sahabat aku ini telah setahun lebih terjun dalam dunia fotografi.Ada sedikit ilmu aku mengajar dia teknik mengambir gambar secara manual selain auto.Sebelum ini dia menggunakan setting AUTO bagi tujuan mengambil gambar.Semenjak dari iut,sahabat ini rapat dengan aku.Aku belum pernah lagi,Tapi ada juga aku menangkap gambar bagi majlis perkahwinan sepupu aku.Aku menangkap gambar pun secara suka-suka sahaja.Sebenarnya aku lebih berminat mengambil gambar panorama ,alam semulajadi dan juga secara candid.Aku suka outing seorang diri berjalan-jalan pekan atau bandar untuk menangkap gambar yang aku rasa ia mempunyai makna tersendiri.Dengan berbekalkan sedikit kemahiran asas fotografi semasa aku mengambil kursus di FotoTeacher dan melalui pembacaan internet atau majalah, aku cuba menterjemahkan ilmu yang aku pelajari.Namun aku banyak mengambil gambar family aku.Namun diam -tak diam sudah hampir setahun aku tidak memegang DSLR semenjak foto yang terakhir aku ambil ialah gambar kenangan Adik Beradik Ayahku.

Gambar ini diambil semasa perkahwinan sepupu sebelah adik ayahandaku,iaitu anak Maklangku.Banyak gambar yang aku ambil dalam majlis ini termasuk gambar ayahandaku.Ketika aku leka mengambil gambar ayah datang menyapaku."Nanti abang ambik gambar ayah dengan semua adik beradik ayah ye.Dah lama tak ambik gambar adik beradik."Aku mengangguk.Mungkin benar dan apa yang aku ingati hanyalah ada sekeping gambar lama keluarga ayahndaku yang 9 adik beradik bersama datuk dan nenekku pada tahun 1970an.Ayahanda aku merupakan abang sulong.Hampir selesai majlis perkahwinan sepupuku,dengan bantuan sedara mara lain maka kami kumpulkan pakcik dan makcik sedara yang adik beradik.Dari Paklong Ayahku,Pakngah,Maklang,PakOcek,Paktih,Makcik,Maktam,PakUda hinggalah Busu kami.Aku menjadi jurufoto utama walaupun jurufoto rasmi majlis ada juga waktu itu.Aku setkan tripod,setkan ISO,aperture dan shutterspeed,setelah test beberapa setting,aku mengambil setting terbaik untuk shoot gambar itu.Entah mengapa sebelum mengambil gambar itu,hati aku berkata,mungkin ini kali terakhir gambar adik beradik ayahku diambil.Aku cuba menjadikan gambar ini yang terbaik.Selesai gambar diambil,ayahku telah pesan pada semua adik beradiknya agar ambil gambar ini padaku,cuci kemudian dibingkaikan gambarnya dan di gantungkan pada dinding.Ayahku juga meminta aku segera memberikan gambar pada mereka semua.Dia juga meminta aku mencuci gambar ini dan mengantungkan di dinding rumah."Ayah hendak tengok mereka di rumah" ujarnya padaku.Gambar ini diambil pada Februari semasa raya Cina tahun lepas.

Tapi Allah Maha Penyayang.Ayahku dijemput ajalnya pada 26 Mac 2013.Aku menerima panggilan telefon dari bondaku.Waktu itu ayahanda berada di wad kecemasan hospital Segamat.Aku semasa itu bekerja di Pontian.Dan dalam perjalanan balik ke Segamat,aku menerima panggilan telefon dari emak saudaraku mengatakan bahawa ayahku telah pergi buat selamanya.Aku redha dan seperti waktu perjalananku dari Pontian untuk sampai Segamat seperti sangat jauh.

Ada penyesalan di benak hatiku.Aku tidak dapat memenuhi permintaannya.Ayahanda aku tidak sempat melihat gambar dia bersama adik beradiknya yang digantung di rumah.Memori kad itu langsung aku tidak sentuh dari dalam kamera kerana pada waktu itu aku ingin mencucinya dan membuat frame setelah mendapat gaji nanti.Kerana penyesalan itu aku terus membungkuskan kamera aku ke dalam kotak dan meletakkan ia di dry container.Aku memang tiada mood untuk mengambil gambar waktu itu.

Kini aku cuba kembali.Kembali untuk menerokai hobi yang aku minati ini.Manalah tahu mungkin boleh buat kerja sambilan dan sudah ada partner yang mengajak aku membuat job ini.Yup,hidup perlu di teruskan.

Cuma aku ingin menukar ganti kemera seperti ini.Jadi apa pendapat kalian??








No comments: