22 March 2014

Selawat Perdana Malam Cinta Rasul

Alangkah beruntungnya mereka semua dapat pergi ke Selawat Perdana malam ini.Dapat bersama-sama dengan beratus ribu muslim sebagai pencinta Allah dan Rasul.InsyaAllah,majlis itu akan diberkati oleh Allah.Doa yang dibacakan oleh Syeh Habin tadi sangat menyentuh Qalbu.Walaupun aku aku hanya menonton di kaca TV,aku tadahkan doa agar dimakbulkan segala hajat,diampunkan segala doa kerana kita banyak melakukan maksiat,lalai pada pencipta kita.Teruja juga aku walaupun hanya dapat menonton di Tv sahaja,aku dan anak-anak berqasidah bersama.
Alhamdulillah.Pada malam esok pula ,Malam Cinta Rasul akan diadakan di padang IKBN Pagoh Johor.Orang Johor,Melaka dan Negeri Sembilan yang tinggal berdekatan Pagoh,ayoh kita pergi.Bawa keluarga sekali.Kalau sebelum ini karaoke lagu cinta pada manusia sahaja,mari kita berqasidah cintakan Allah dan Rasul.Nyanyilah sekuat hati.Tiada siapa yang marah.InsyaAllah,kalau tiada aral melintang,InsyaAllah sampalah aku membawa keluarga di IKBN itu nanti.

Selamat malam.
Allahhummasolliaala Saidina Muhammad.
Waalaalihi wasohbihi Wassallim.

No comments: