25 March 2014

MH 370 Kesedihan Yang Paling Mendalam !

Seluruh dunia meratapi,simpati dan mengucapkan takziah kepada semua keluarga penumpang MH370.Pengumuman PM Datuk Seri Najib bin Tun Abd.Razak pada jam 10.00 malam tadi membuatkan keluarga semua penumpang terkejut dan berasa amat sedih.Ada juga ahli keluarga seperti,si suami,isteri,ayah,anak,emak tidak dapat menerima berita berkenaan.Berakhirnya satu pencarian setelah 17 hari berlalu,kapal terbang MH370 terhenti di satu lokasi sangat terpencil di lautan Hindi yang jauh dari mana-mana landasan kapal terbang setelah siasatan analisis berasaskan data satelit yang dilakukan oleh pihak berkuasa Britain dan AAIB.
Apa lagi yang boleh aku katakan?Aku juga berasa sangat sedih.Begitu juga dengan isteriku apabila kami bersama mendengar pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada malam tadi.Di dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi,aku  mendengar radio SINAR,para pemanggil menelefon konti DJ turut meluahkan emosi dan perasaan mereka.Ada yang menangis.Emosi aku juga turut terkesan sehingga aku terpaksa menutup radio sebentar kerana tidak tahan untuk mengalirkan air mata.Walaupun tiada ahli keluarga aku yang berada dalam kapal terbang itu,namun ia satu kejadian sangat tragik.Melibatkan banyak warganegara seperti China,India,Indonesia,Australia,Malaysia,Amerika dan mungkin beberapa warganegara lain lagi.Paling terkesan ialah China kerana ramai warganegaranya di dalam kapal terbang itu adalah warganya menjadi korban.
Aku mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga penumpang MH 370 diatas apa yang telah berlaku.Aku yakin kerajaan Malaysia,DCA dan MAS berusaha untuk membuat apa sahaja bagi mencari kotak hitam di Lautan Hindi untuk mencari jawapan kepada persoalan mengapa MH370 berada dan terhenti di perairan Lautan Hindi.Negara-negara lain yang menjadi kepada kawan Negara Malaysia turut sedaya upaya untuk membantu memberi sokongan menggunakan aset lautan dan udara mereka dalam mencari dan menjumpai  sekurang-kurangnya serpihan kapal terbang MH370.dan juga kotak hitam.

Aku juga berharap agar semua rakyat Malaysia mendoakan usaha pencarian ini.Fahamilah juga bahawa kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab tidak perlu membuat spekulasi-spekulasi yang boleh menimbulkan ketidaktenteraman awam khasnya kepada waris keluarga penumpang MH370.Kita juga terus memberikan sokongan kepada CEO MAS,DAtuk Seri Hishamuddin dan juga Pegawai DCA.Mereka bertiga ini adalah orang yang paling sibuk pada waktu ini.Mungkin dalam masa 17 hari in mereka terpaksa melupakan waktu santai bersama keluarga ,bersama dengan isteri,anak-anak,dan ibu ayah demi menumpukan perhatian penuh kepada MH370.Titipkan doa kepada mereka,kepada semua pencari dan penyelamat kepada semua yang terlibat.
Alfatihah kepada semua mangsa beragama Islam MH 370



4 comments:

Shahrul Yusof said...

Takziah untuk ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH370.

Denaihati said...

takziah kepada semua keluarga penumpang MH370 dan krew. mudahan usaha pencarian kotak hitam berjaya ditemui dan insyaAllah dapat merungkai semua teka-teka dan misteri.

mahmud thalut said...

Assalam
Takziah kepada keluarga yang terlibat. Moga di permudahkan usaha mendapatkan kotak hitam #mh370. Insyaallah.

Unknown said...

takziah utk kluarga mangsa MH370...mudahan2 roh2 yg islam ditempatkan bersama yg beriman...amin..