18 March 2014

Lagi Faktor Prestasi Manchester United Junam Teruk

Hari ini aku hendak menyambung kembali beberapa faktor yang menyebabkan prestasi Manchester United menjunam teruk,habis jahanam.Ia memungkinkan pada musim depan,The Red Devils tidak akan menyertai kejohanan Liga Juara Eropah.Maknanya mereka akan terlepas wang berjuta-juta euro masuk dalam kantung pasukan mereka.Rugi betul.Semalam aku telah menulis mengenai faktor pemain yang tidak sesuai diturunkan dalam perlawanan dengan Liverpool.Hari ini empat ( 4 ) faktor yang aku dapat membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian aku dan sedikit kajian yang tidak beberapa ilmiah sangat ini.Kah.kah.kah.
Formasi Posisi Pemain Yang Tidak Sesuai
Dalam perlawanan dengan Liverpool kelmarin,DM telah membuat formasi 4-2-3-1.
Posisi “Back Four” bagi aku sebenarnya tidak ada masalah.Cuma yang menghairankan aku,ialah Marouane Fellaini diletakkan bersama Michael Carrick dalam posisi Defensive Midfielder.Manakala Juan Mata diletakkan di sayap kanan.

Formasi 4-2-3-1 seperti berikut:-




Meletakkan Carrick dan Fellaini tidak membawa kreativiti dalam menghasilkan gerakan serangan.kerana,mereka berhempas pulas mempertahankan bahagian tengah bawah yang sentiasa di serang oleh Liverpool.Lagipun MF bukan seorang pemain yang boleh bermain sebagai Defensive Midfielder.Oleh itu ruang besar ditinggalkan di antara mereka dan empat ( 4 ) pemain di atas.Mereka sentiasa mengejar bola di kaki lawan dan menyebabkan Januzaj serta Mata jarang mendapat bola dari bahagian tengah.Rooney juga terpaksa turun ke bawah sedikit untuk membantu gerakan serangan.Tapi ia mudah  dipatahkan oleh pemain lawan.

Kombinasi Pemain dan Posisi Terbaik Yang Sepatutnya David Moyes Lakukan





Formasi di atas merupakan satu kombinasi terbaik.iaitu Juan Mata sebagai Attacking Midfielder bersama Marouane Fellaini sebagai Central Midfielder.Mereka berdua sudah biasa bermain dengan posisi yang digemari  sebelum ini.Jadi apabila kedua pemain ini bermain dekat antara satu sama lain,bahagian tengah boleh menjadi lebih kreatif untuk menjana gerakan menghasilkan gol kerana Fellaini sendiri boleh fokus dibahagian tengah hadapan dan dibiarkan bergerak bebas bersama Juan Mata.Sebagai pemain Sepanyol,sudah tentu bakat dan kreativit tinggi Juan Mata boleh membuat set pieces bersama Rooney dan Van Persie dengan hantaran pendek atapun hantaran satu – dua di hadapan kotak penalti.kerana di belakang Juan Mata telah di bantu oleh Jones,Carrick dan Fellaini. Sementara Phil Jones dan Carrick boleh merencatkan serangan pantas seandainya pasukan lawan membuat serangan balas.Jones boleh menjadi pertahanan tengah hadapan kerana fizikal dan gaya permainan keras terhadap midfielder pasukan lawan.Evra dan Rafael sudah tentu boleh saling bertukar untuk naik ke atas bagi membantu melancarkan serangan dari bahagian sayap pula.Smalling atau Evans boleh mengawal di pertahanan bawah bagi mengelakkan gawang dibolosi.Sekiranya formasi inilah David Moyes gunakan,aku ingat penguasaan bola 65-70% kepada Manchester United berbanding Liverpool dan perlawanan itu mampu dimenangi oleh skuad Red Devils.

Kesimpulannya,peminat Manchester United tidak akan mengatakan bahawa pembelian Fellaini dan Juan Mata sebanyak 64 juta euro adalah satu pembelian yang tidak berbaloi sekiranya DM tahu meletakkan di mana sepatutnya posisi mereka ini bermain.Lainlah kalau dah diletakkan dengan posisi mereka,tapi apapun tidak boleh buat untuk menangkan Manchester United,itu memang rugi.Setakat itu sahaja pendapat aku.Ada 3 lagi faktor lain akan aku ceritakan dalam entry besok.Sama ada pembaca lain boleh bersetuju atau tidak dengan pandangan aku ini,boleh memberikan komen.Takde masalah.

#prayforMH370
#Entry ketiga ialah esok ye..Banyak sikit entry bulan Mac nanti.

Sumber dan Rujukan Dari Berita Online Telegraph

1 comment:

puteri kasih said...

Pasti penyokong Manchester United begitu kecewa dengan prestasi pasukan musim ni