01 February 2014

Memang MATI itu dekat dengan manusia

'Apa khabar bang,sihat?' 'Abang sihat Rin.Kalo tak abg tak ke mari.'Jawab abang Hamim sambil mengenggam erat jabat salam tanganku di tempat duduk pemandu keretanya.Kami bertemu semasa sukan jabatan peringkat negeri Johor di Mersing kelmarin.Aku sangat gembira apabila dapat berjumpa dengan rakan sekerja semasa aku bekerja di agensi yang sama di Pontian.Tempat kerja mula~mula sekali aku melaporkan diri untuk bertugas selama 8 tahun sebelum aku berpindah ke Segamat atas alasan keluarga.Oleh demikian aku sangat mengenali keperibadian abang Hamim.Dia sebaya umur dengan ibu dan arwah bapaku.Seorang ketua stesen yang sangat cool.Sifat keramahannya cukup disenangi..Bergurau dengannya pun tidak ada masalah baginya.Banyak ilmu yang aku pelajari dari beliau seperti tajwid dalam bacaan Al-Quran sehingga membuatkan aku mengetahui bacaan Al-Quran dengan betul.Dia juga sangat mengambil berat kebajikan sahabat sekerjanya.Masakan tidak semada ayahku meninggal dunia,dia sanggup datang dari Pontian ke Segamat bagi mengucapkan takziah pada diriku.Isterinya juga mengenaliku kerana dialah yang sanggup menerima tempahan untuk sepasang baju Melayuku untuk hari perkahwinanku di saat akhir pada 5 tahun yg lepas.Sememangnya aku sangat menghargai pertolongannya.

Walaubagaimanapun,semasa sukan selama 3 hari,kesibukan aku sebagai urusetia penganjuran bolasepak membuatkan aku tidak dapat bertemu apatah lagi ajak minum bersamanya.Dia pula bersama dengan kontijennya dan menjadi pengurus BAKAT BINTANG .

'Assalamualaikum ,dengan dukacitanya sahabat kita Abang Hamim Sabaran telah meninggal dunia jam 09.00 malam tadi.Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.'Aku terkejut dengan berita yang diterima melalui whatsapp.Aku baru sahaja sampai ke rumah tidak sampai setengah jam lagi.Aku menelefon rakanku di Pontian untuk pengesahan dan berita itu disahkan oleh rakanku sendiri yang sedang dalam perjalanan ke hospital.Innalillawainnailaihirajiun.Memori itu datang ke petak mindaku.Baru semalam aku bertemu dengannya ,pada malam ini dia telah menemui Penciptanya.Keesokan harinya,aku bergegas ke Pontian.Namun tiba di masjid setelah melihat banyak kenderaan termasuk van jenazah berada di situ,rupanya jenazah abang Hamim telah selamat dikebumikan.Ramai rakan berziarah termasuk dari luar daerah.Ramai yang tidak menyangka akan kepergiannya sedangkan baru sahaja berjumpa dalam kejohanan sukan yang selesai pada hari Rabu.Tunduk sugul sahabatku kerana dialah yang bersama-sama dengan arwah dari pergi hingga balik dari sukan.'Kali terakhir aku pandang wajah abg Hamim , dia senyum sahaja namun wajahnya lebih ceria semasa menghantar aku balik ke rumah.'ujar rakanku sewaktu aku menemuinya di tanah kubur semalam (Khamis).
Itu bahagian arwah.Beliau meninggal dunia mungkin berpunca dari serangan jantung.Menurut sahabat ,katanya arwah mengadu sakit kepala selepas Isyak di rumahnya.Arwah juga baru sampai ke rumah dia pada jam 08.00 malam tiba2x muntah.Melihat keadaan yang sangat lain oleh isterinya,lalu menelefon ambulan klinik yang berdekatan .Arwah dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia sebelum sempat sampai di hospital.Dia merasai sakit sekejap sahaja.
......
Rehat dengan tenang abang Hamim.
Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan orang yang soleh
-Al-Fatihah

1 comment:

Denaihati said...

Al-Fatihah, semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.