16 February 2014

Idea , Idea , Cepat berikan aku idea itu!

Astaghfirullahhalazim.

Di manakah idea ini bagi menerbitkan catatan terbaru di laman blog aku? Sudah 10 hari rasanya blog ini tidak dikemaskinikan dengan catatan apa-apa sekalipun.


Aku memantau pergerakan blog - blog sahabat yang berada di muka depan blog aku ni. Masha Allah.Hebat.Tiap-tiap hari menerbitkan artikel-artikel yang menarik.Tak hairanlah jikalau blog-blog mereka ini seringkali di lawati oleh para bloggers lain dan menjadi popular.Dasyatnya ,bak kata anak aku Aqil.Sebenarnya ada idea pada peringkat permulaannya.Tapi ia boleh mati secara tiba-tiba di pertengahan jalan ceritanya.Aku tidak mahu memperbanyakkan alasan aku lagi mengapa aku tidak mengemaskinikan blog aku walaupun itulah janji aku untuk tahun ini .Menjadi Bloggers Tegar dengan berkongsi pengalaman baru , cerita baru , gosip artis ? Mungkin tidak kot.Namun buat pengetahuan kalian, dalam masa 10 hari ini kesibukan sebagai penjawat awam , suami dan seorang ayah yang agak memenatkan menyebabkan aku tidak dapat mencatatkan sebarang idea pun ke dalam blog ini .Jadi maafkan aku , kerana aku bukan manusia sempurna.Cewaahh. :)

Baiklah untuk meneruskan catatan ini bagi menampakkan kepanjangan ceritanya , aku ingin mengulas sedikit tentang sukan bolasepak tempatan.Tahniah skuad JDT 1 dan JDT 2 kerana menang dalam perlawanan masing-masing. Skuad JDT 1 menang bergaya kepada Selangor 4-1 .Semoga terus mempamerkan prestasi yang baik selepas ini. Begitu juga dengan skuad JDT II .Aku melihat juga prestasi skuad JDT II ini seperti yo-yo di bawah kendalian jurulatih Azmi Mohamad. Desas-desus mengatakan Bojan Hodak mengambil alih sebagai jurulatih JDT II di nafikan sendiri oleh Bojan Hodak kerana ramai peminat yang nampak kelibat beliau di stadium Pasir Gudang bersama Shebby sewaktu menonton perlawanan JDT II. Namun pihak pengurusan teratas skuad JDT 11 tidak mengeluarkan sebarang penafian mahupun kenyataan.Lagipun Bojan Hodak juga tidak terikat dengan pasukan mahupun kelab bolasepak  tempatan mahupun kelab luar negara .Agaknya Bojan Hodak berehat seketika bagi menimba ilmu kejurulatihan dan menampilkan idea taktikal segar dalam arena bola sepak nanti.Fuhh.Dah macam Pep Guardiola pula. Tabik Spring Bojan Hodak

Sesudah kalah 5-1 kepada Liverpool , Arsenal telah seri dengan Manchester United .Ini menyebabkan David Moyes tidak jadi dipecat .Dengar khabar angin itupun dari media luar negara maklumkan, jikalau Manchester United kalah kepada Arsenal , bos besar Man.United akan memecat beliau , dan memanggil semula Sir.Alex Ferguson untuk melatih semula pemain Man.United.Apalah, Pakcik Alex baru nak buat kebub getah dia , dah kena panggil melatih pasukan Man.United semula pula.Nasib baik anak buah David Moyes seri.Kemudian pula Jose Mourinho pula menyindir Arsene Wenger sebagai 'Pakar Gagal'.Ah..Jose Mourinho memang begitu perangai dia.Mentang-mentang skuad Chelsea ambil dia semula sebagai jurulatih Chelsea , ada ego dia.Namun itulah karektor seorang jurulatih kelab ternama yang mempunyai sentuhan magisnya tersendiri.Meskipun beliau sering membuat provokasi kepada pasukan lain , namun kekarismaan Jose Mourinho tidak boleh diperlekehkan.Tabik spring juga 

Oleh demikian setakat ini idea aku untuk catatan terbaru aku.

Sekian terima kasih.

Ingin tahu Mengapa AKU MESTI PERGI ke #SBB2014 #SBBYEOS2014.klik SINI


P/s : Aku merasakan lebih mudah idea itu datang ketika jari berada di keyboard PC pejabat.
Kalau di rumah payah betullah . :)

5 comments:

Malaysia Tercinta said...

Kat rumah banyak godaan lain :)

mahmud thalut said...

Assalam
Apa pun tahniah kepada Tuan Putera kerana akhirnya ber idea juga untuk bercerita di blog Tuan :)
Subhanallah...

Denaihati said...

10hari, 1/3 bulan tu...heee. InsyaAllah jumpa di #SBB2014 #SBBYEOS2014 nanti.

Mizz Aiza said...

aiza bercuti dari blog lebih dari 2 minggu sebab laptop ada masalah.. pertengahan februari baru mula balik berblog lepas laptop dah ok.. idea memang susah juga nak datang sekarang ni..

Hafizul said...

Kebanyakan blogger akan rasai peritnya nak cari idea ni..hehe