13 January 2014

Alza Advanced Baru

Perodua telah pun mengeluarkan model baru variasi Alza Advanced yang telah di “upgradekan” pada kabin dalaman dan luaran badannya . Aku lebih berminat untuk membuat review Alza Advanced baru ini kerana aku juga mempunyai sebuah  Alza Advanced yang dibeli pada tahun lepas.Belum  sampai setahun lagi aku membelinya, keluar pula model yang sama dengan ciri-ciri baru . Pada hari Ahad semalam aku berkesempatan pergi ke Pusat Jualan Perodua Harapan Terang Motor di Jalan Buloh Kasap – Segamat untuk melihat dengan lebih dekat lagi Alza Advanced baru ini.Apabila masuk sahaja ke ruang pameran , terserlah warna Merah Hati Alza itu.Ia seperti mencarik hati aku kerana pada pandangan pertama ,aku sudah menjadi teruja. Masa aku membeli Alza Advanced tahun lepas , aku dan isteri memilih warna putih suci kerana sedap mata memandang bagiku. Aku pusing keliling dulu dan dari depan perubahan grill baru berwarna krom mengelilingi lambang Perodua.Bumper depan lebih sporty dengan skirting yang lebih menarik.  Lampu spotlight diangkat ke atas sedikit dan dilarikan ke hujung tepi bumper menampakkan lagi pesona sebuah Alza . Manakala penampilan belakang Alza pun turut berubah .Mempunyai lampu ‘Clear Lens Tail’, Spoiler yang lebih beraerodinamik , bumper dan skirting yang sangat sporty dan warna hitam menghiasi keliling cermin belakangnya . Ia membuatkan aku tertekan apabila melihat variasi baru Alza ini . Huh...
Alza Advanced baru ini turut mempunyai cermin tepi yang boleh dilipat secara automatik. Haa..Itu aku sangat jelous dan tidak puas hati. Myvi baru pun ada cermin lipat automatik telah dilancarkan pada tahun 2012 . Tapi tak tahulah kenapa jurutera Perodua tidak terus pasang ke Alza Advance sebelum ini . Apabila aku masuk ke dalam dan duduk di kerusi ‘drebar’, aku rasa tiada perbezaan .He..he..he. Ok set Multimedia rekaan baru dengan LCD Toucscreen 6.5 inci. Seperti Set Multimedia Alza Advanced terdahulu , ia juga mempunyai USB , SD Card dan DVD player. Begitu juga dengan GPS, kamera pandang belakang , Bluetooth , FM/AM disambungkan kepada monitor di syiling yang bersaiz 8 inci rasanya .Ia satu penambahan aksesori yang menarik. Kalau berjalan jauh bagi keluarga yang ada anak kecil lagi ,bolehlah mereka tengok DVD kartun atau cerita best supaya mereka tidak melompat-lompat dalam kereta dan duduk diam lagi.Tapi aku lebih suka kalau LCD itu diletakkan di belakang seat penumpang yang depan sekali. Fuh , dah macam dalam kapal terbang. Tapi itu adalah alternatif aksesori tambahan kepada mereka yang mempunyai Alza Advance macam aku.Yang pasti nya Alza Advance sebelum ini kena buat perubahan wiring sedikit kerana mengikut peraturan JPJ untuk spesifikasi Multimedia itu , kalau hendak tengok cerita DVD atau CD ,kereta kena berhenti tak boleh jalan. Kena tekan foot brake , baru gambar dan suara terpapar pada skrin secara automatik Peraturan ini untuk keselamatan semua penumpang. Takut drebar boleh terleka apabila tengok cerita sama-sama ,boleh mengakibatkan kemalangan. Ciri tambahan lain pula ialah tempat letak tangan pemandu mempunyai ruang untuk menyimpan barang yang boleh dinaik dan diturunkan.Alza Advanced sebelumnya tiada akan ciri itu. Begitu juga seat barisan ketiga,kerusinya boleh dilipatkan pada single seat. Banyak betul ciri-ciri baru yang Alza Advanced dulu tiada . Sangat cemburu
Dari segi kuasa enjin masih sama dengan bersesaran 1499 cc DVVT , DOHC dan EFI. Namun kalau diikutkan penjimatan minyak lebih baik guna kancil atau kereta yang bawah 1000 cc sahaja. Setelah harga petrol naik , kos pembiayaan petrol pun turut naik. Jikalau sebelum ini aku mengisi petrol pada Alza RM 30 ia boleh bertahan 5 hari untuk .Pada hari ini RM 30 bertahan untuk 3 hari sahaja kerana RM 30 hanya dapat jarak perjalanan 150km. Sebelum ini , aku mengisi petrol RM 30 boleh mendapat jarak perjalanan 180 km .

Paling akhir sekali ialah mengenai harga sebuah Alza Advanced baru .Wow..ini yang paling aku jelous.Jelous banyak sangat. Sangat beruntung bakal pembeli yang mendapatkan sebuah Alza Advanced ini . Sebelum ini Alza yang aku beli ialah pada harga RM 70k termasuk insurans atas jalanraya dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM 728 selama 9 tahun , kali ini Perodua telah menurunkan harga Alza Advanced itu pada RM 64,500 dengan bayaran ansuran RM 677.20 selama 9 tahun .Perodua telah dapat menurunkan harga keretanya sebanyak RM 5000.00 dengan ciri tambahan yang lebih baik lagi. Mungkin Perodua berjaya mengurangkan kos operasi kerana kecekapan pengurusan dan efisyen bersama vendor-vendornya.

Jadi itu pandangan peribadi aku mengenai Alza Advance yang baru .Bagaimana hendak membuat keputusan membeli kereta ini terserahlah kepada anda seperti faktor kewangan dan kesesuaian keluarga.Namun kereta ini sangat ekonomikal bagi mereka mempunyai anak seramai 3 orang ke atas untuk jangka masa panjang seperti saya. Diharap info ini sedikit sebanyak membantu anda untuk membuat pilihan yang tepat .Untuk maklumat lanjut datang ke puasat pameran Perodua yang berdekatan atau layari laman web PERODUA











26 comments:

Denaihati said...

warna merah hati tu memang nampak cantik dan sporty serta menyerlah sikit.

hafizmd said...

Mmg nampak menyerlah alza merah tu...fuh!

Tahniah perodua sbb dapat turunkan harga kereta.

Mizz Aiza said...

cantik dan besar kereta alza.. walaupun telah diturunkan harga masih mahal harganya.. kereta viva forever tu pun aiza tak habis bayar lagi..

mahmud thalut said...

Assalam
Nampak cantik dan menawan.

sany said...

Saya sudah memiliknya pd 28/2/2014
solid white mmg berbaloi2
monthly rm554 interset 2.86% 9 thn dgn downpayment rm8k++

sany said...

maaf rm654 monthly :P

Unknown said...

murah la dpt 6++..sy g da 3 tpt sume alza advance rm768 x msk roadtax ins..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Sy dh dekat 2bulan xdpt2 lg keta alza...loan dh lpas..alasan diberi permintaan trlalu tgi...then order warna merah tp dia kte klu merah bulan 5 bru nk buat..xtau dpt bila..then bg option tukar warna putih...ni pun xde pun dpt lg..erm...

Unknown said...

Sy dh dekat 2bulan xdpt2 lg keta alza...loan dh lpas..alasan diberi permintaan trlalu tgi...then order warna merah tp dia kte klu merah bulan 5 bru nk buat..xtau dpt bila..then bg option tukar warna putih...ni pun xde pun dpt lg..erm...

Anonymous said...

Siti zaida beli kereta dmana??

Anonymous said...

Salam saudara...kena adjust wiring cmne ek baru bleh tgk dvd time drive?

Anonymous said...

Tuan blh join forum myalza owner club...kat Sana ada jawapan Dan ramai sedia berkongsi ilmu tentang Cik alza nih...

Unknown said...

Saya bcadang nak beli alza advance. Tapi ada yg cakap alza ni x berapa elok. Selalu arm terkeluar.. yeker.. saya pun xtahu sgt pasal kereta ni

www.bidadarigojes.blogspot.com

Anonymous said...

Saya baru sj beli Alza Advanced ni, mmg berbaloi, cuma dvd player tu kena buat bypass kat kedai accesories supaya boleh tgk dvd masa tgh drive, taula budak2 bila jln jauh mmg mcm2 ragam, so dvd player mmg membantu..

Perodua mmg mementingkan keselamatan pengguna dgn lock dvd player utk tgk movie masa drive kecuali kita tgh berhenti & tekan foot brake (hand brake)..

Penggunaan minyak mmg menjimatkan 13-14km/1liter utk kegunaan 100% dalam kawasan bandar yang jem..

- Harga minyak RON95 terkini RM2.26/1 liter
- Tangki Alza 42 liter
- Kos isi minyak RON 95 penuh RM2.26X42 liter=RM 94.92
- Jarak anggaran perjalanan isi tangki penuh 42 liter x 14km = 588 km

Maklumat ini berdasarkan pengalaman & pengiraan yang saya lakukan sendiri.

Diharap membantu kepada sesiapa yang merancang untuk membeli Alza Advanced 2014.

Azwan

cinta kerana Allah said...

assalam..betul ke kene berhenti kalu nk tgk dvd..termasuk skrin belah penumpang ke..kalu camtu leceh ler anak2 lasak time tgh memandu huhu..kalu buat bypass brapa kos dia yer..tq

Anonymous said...

xperlu bypass, time jalan screen depan jer x display lagi, screen belakang masih display n kalau ada penumpang dekat depan, touch jer screen depan tu, dia akan tayang cerita balik,

Anonymous said...

Ass!alamualaiku sahabat Alza, sy tearing in utk membeli kereta Alza Baru ni.. 1.berapa maksimun deposit utk keta ini 2. Bagaimana penggunaan hand breakkaki ini.. 3. Berapa tempo masA diambil utk mendapatkan keta Alza ini.

bedak said...

Saya bru dapatkan alza advanced ni..setelah baca artikel ini, sya semakin berpuas hati dgn harga dan alza yg sya dpt..TQ

Nk beli kereta perodua mestilah melalui branch bukan melalui dealer yg dilantik klu nk dapat secepat yg mungkin..Kereta sya x smpi seminggu dah dpt...lg cepat dr setel dokumen..sbb kt branch dah ada ready stock...dan kita boleh siap tukar kaler last2 minit (sehari sebelum keta smpi)-cek dgn branch anda.

*Maksimum depo 10% biasanya

AiNiey Bariyyah said...

Salam perkenalan..
Nmpknya kita senasib, banyak betul bezanya..
Mmg cemburu..huhu

Perodua Sepang said...

Assalamualaikum...satu penerangan yang cukup panjang dari tuan admin mengenai Alza. Syabas diucapkan. Sekarang ada penurunan harga (Mei 2016) serendah RM560 sebulan (tertakluk kepada terma & syarat)

Anonymous said...

sy pn cemburu dgn harga alza advance skrg yg hanya rm64k. dl sy beli yg premium ni dgn harga 64k.tp xmengapa la.rezeki masing2.tp ada beza xsilap sy pasal harga turun ni.windscreen type tak sama jenis kalo tak silap.brek pad pn tak sama.model lama bleh pkai pad brembo volvo,yang baru tak boleh.

Unknown said...

Salam semua....mcm mana nak tgk movie dr pendrive ya....saya guna alza Advanced 2014...harap dpt membantu saya

Unknown said...

Salam semua....mcm mana nak tgk movie dr pendrive ya....saya guna alza Advanced 2014...harap dpt membantu saya

Awang merah said...

Tak tahu nak pilih warna merah ke hitam...hehehe

Awang merah said...

Tak tahu nak pilih warna merah ke hitam...hehehe