10 December 2013

Ikrar Rasuah

Pada setiap perhimpunan bulanan , selain daripada nyanyian lagu Negaraku , Johor dan lagu Rasmi Jabatan , setiap kali itulah kami akan bersama-sama membaca ikrar Integriti Perkhidmatan Awam . Tujuannya ialah bagi menyematkan dalam hati bahawa kita mesti menjauhi dari sebarang suapan rasuah , ataupun yang memberikan makna dan petanda sebarang rasuah. Biarlah kita hidup dengan susah dari pada senang dengan memakan rasuah . Rasuah itu sangat teruk. Lihat sahaja di paparan akhbar ataupun media masa mengenai kesan negatif apabila berlaku rasuah . Kebiasaannya rasuah terjadi apabila ada  penawaran wang ringgit bagi mengelakkan/melepaskan dari sesuatu kesalahan atau pun mempercepatkan sesuatu proses kerja tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya. Jadi adalah di harap Ikrar ini dapat mengingatkan terutama penjawat awam menolak dari sebarang salahlaku , salah guna kuasa dari perkara yang amat korup ini . Memang boleh kaya dari hasil rasuah , tetapi hati tidak akan aman tenteram walaupun hidup senang . Dan berbagai perkara tidak baik boleh menimpa kepada diri mahupun keluarga kita kesan dari rasuah ini . 

"Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui salahnya" surah Al baqarah .Ayat 188

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:

"Dari Abdillah bin Amru Radiallahuanhuma ia berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah".(Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).


IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM


Kami, Pegawai Awam Malaysia dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan Integriti Perkhidmatan Awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah salahguna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut:-


1.                  Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah

2.                  Menutup semua ruang dan  peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah

3.                  Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan Etika Jabatan

4.                  Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah

5.                  Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan Imej Pegawai Awam dan

6.                  Mematuhi sepenuhnya Kod Etika Jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas


P/s : Semoga aku ambik kisah tentang hal ini , begitu juga kepada pembaca blog ini .





No comments: