05 December 2013

Aduhai David Moyes

Ini bukan tersilap hari "Wordless Wednesday" , ataupun mahu sengaja jadikan Wordless Thursday pula . Hakikatnya sudah lama aku tidak menulis entry untuk dunia sukan. Dan hari ini aku memilih untuk menulis tentang kejutan yang dialami oleh skuad Manchester United pada malam tadi . Aku merasakan David Moyes memerlukan lagi pemain tengah yang berkualiti . Bukanlah pemain yang ada dalam skuad ' faveret aku ni ' tidak bagus. Cuma pada pendapat aku , untuk menambahkan bisa di bahagian tengah . Corak permainan skuad Manchester United nampak gayanya mudah dibaca oleh pihak lawan pada masa sekarang dalam EPL. Sebab tu mudah sangat menang dalam Liga Juara sebab jarang skuad lawan berjumpa dengan skuad Manchester United dalam Liga Juara pada setiap tahun. Kekalahan pada skuad Everton menyebabkan skuad Manchester United jatuh ke tangga ke 9 . Di bawah skuad Southampton Newcastle dan Spurs. Spurs yang telah dibantai teruk oleh M.City pun masih lagi berada di tempat ke 6 . Siap naik lagi ke tangga berkenaan .

Aku merasakan kredibiliti David Moyes akan mula dipertikaikan oleh peminat kipas susah mati Manchester United pada kali ini . Maklumlah dengan kejuaraan yang ke 20 telah dimenangi pada tahun lepas semestinya mestilah diulangi sekali lagi pada musim 2013/2014 . Tapi kita mesti melihat kekuatan - kekuatan pasukan top 5 sekarang . Penambahan pemain yang sangat berkualiti telah menambahkan nilai kekuatan skuad - skuad itu . Pada masa sekarang David Moyes wajar menaikkan moral pemain - pemain beliau semula. Beliau kena kembalikan pemian kepada sikap tidak boleh tidak menang dalam perjuangan dalam mempertahankan mahkota kejuaraan pada musim lepas. Beliau juga harus bersikap seperti A.F . Memberi amaran kata dua kepada pemain yang langsung tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan ataupun menunjukkan jalan keluar dari kelab Manchester United. 

Sekarang Manchester United telah ketinggalan 12 mata daripada Arsenal. Tidak boleh keciciran sebarang mata lagi . Bulan Disember inilah yang akan menentukan nasib Manchester United sama ada dapat mempertahankan kejuaraan EPL atau serahkan kepada pasukan yang lain pula .Para peminat skuad lain terutama kawan-kawan kita sudah pasti suka Manchester United berada di tangga ke bawah . Maka berbakul-bakul lah kutukan dan sindiran yang telah diterima oleh aku pada masa sekarang ini . Tapi aku bersikap relaks dan tenang sahaja bila berhadapan dengan rakanku ini . Senyumkan aja .


Yang pasti aku telah lama sokong Manchester United semasa Ryan Giggs dengan gaya rambut kerinting pada zaman mudanya . Pulak kaki kiri dia kuat sama dengan kaki kiri aku tu .

Kih..kihh..kih

P/s : Adalah wajar Marouane Fellaini gunting rambutnya menjadi pendek dan kemas terlebih dahulu bagi membuang suwey yang di bawa dari bekas kelab lamanya .




8 comments:

Mizz Aiza said...

tak mengikuti sangat sukan.. hehe..

tehr said...

haha
aku pun rasa macam tu gak
kena gunting pendek tu
botak pun ok

suri said...

ah sakit hati macam mana MU jadi begitu gerr..

puteri kasih said...

kena ada strategi lain dah..kalau tak peminat hampa nanti.

p/s mungkin sesuailah kalau dia gunting rambut juga...hehehe

Unknown said...

dia kalau wordless wednesday ada tulis tapi kalau tak tulis kira entri biasa lah....akak pun biasa buat entri on wednesday

hafizmd said...

Pasal ni, meme dah agak dari awal..Mustahil utk moyes buat yg terbaik season ni...

jadi, mmg tak harap apa2 musim ni...dapat top 4 jadilah...

kasi peluang kat moyes =)

Shahrul Yusof said...

Ada ura-ura dari fan MU yang mengatakan David Moyes sengaja sabotaj MU dari dalam. Hmmm.. Tapi, saya tak kisah pun sebab saya fan Arsenal.

Arsenal ni dia punya power, sebelum start 1st match EPL lagi dah duduk kat ranking nombor 1. Tiap-tiap season pulak tu. Hahaha.

Jangan tetiba hujung-hujung season kecundang sebab eksperimen pelik-pelik dari Arsene Wenger sudeh.

Tiap-tiap season jugak, Arsenal ni selalu nampak macam boleh menang cup, tapi time hujung-hujung tu sure ada slack.

suri said...

saya kurang tahu bab bola..tapi suka team MU..heee