12 November 2013

Berhenti Langgan Pakej SportPacks,lepak mamaklah,apa lagi!!!




Bagi peminat bolasepak Malaysia khususnya peminat EPL , Liga Sepanyol , Italy atau German , sekali lagi kita terpaksa berhadapan dengan kenaikan caj sebanyak RM 6.00 untuk pakej SuperSports yang bermula pada 24 November 2013.Berita kenaikan caj ASTRO ini telah tersebar di merata media massa dan cetak sejak 2 minggu yang lalu.Umumnya ramai pembaca blog ini telah mengetahui berita ini dan apakah puncanya kenaikan caj itu.


Penulis pun pelanggan Astro semenjak tahun 2009. Sebelum melanggan Astro Beyond, penulis mengambil pakej family + Supersports.Pada masa itu bil yang dikenakan tidak sampai RM 70/bulan. Kemudian penulis beralih ke Astro Beyond. Maklumlah , promosi agresif Astro mengenai kelebihan HD ini menyebabkan penulis teruja nak menonton sebarang program termasuk 'game' bolasepak EPL dalam definasi tinggi. Ini menyebabkan kenaikan RM 20.00 kerana servis bulanan HD berkenaan.Selepas itu , ada 2 kali kenaikan kalau tidak silap penulis. Sekarang , caj bulanan untuk melanggan pakej Family sahaja sebanyak 100.65. Belum lagi yang mana melanggan pakej SuperSports. Jikalau dikira dengan kenaikan caj RM 6 dan RM 2 , mungkin bil pada setiap bulan hampir kepada RM 150. Itu belum lagi kita hendak bayar bil utiliti lain contoh bil air,elektrik, line streamyx atau broadband.

Kesimpulannya , pada pandangan penulis yang sudah mempunyai keluarga seramai 4 orang termasuk isteri dan 2 orang anak yang masih kecil , penulis terpaksa mengkaji semula perbelanjaan bagi bil-bil ini. Sekarang RM 1.00 amat berharga bagi penulis. Bukan dulu penulis tidak menghargai RM 1.00 ini , dengan kenaikan harga petrol pada dua bulan lepas sahaja telah menaikkan 25-30% perbelanjaan petrol sekarang ini. Jadi kita perlulah tahu bagaimana untuk menyalurkan kewangan kita ke arah lebih tepat lagi. Dengan pertambahan seorang lagi ahli keluarga pada tahun hadapan , sekurang-kurangnya perlu menyediakan tabungan atau dana sebagai persediaan menghadapi apa jua kes kecemasan nanti.

Terserah kepada pembaca bloggers yang juga merupakan suami atau isteri yang mempunyai anak-anak masih kecil lagi , bagaimana cara anda untuk merancang kewangan keluarga anda supaya kita tidak menghadapi perbelanjaan melebihi pendapatan pula.Di sini , penulis mengemukakan beberapa cadangan sebagai satu panduan untuk penulis sendiri dan juga kepada pembaca lain bagi sebagai langkah dalam kawalan kewangan keluarga kita pada setiap bulan :-

1. Sediakan satu papan putih/hitam ( Cadangan : Letakkan papan ini di dapur , bilik atau tempat yang boleh kita kemaskini pada setiap bulan ( Tiap minggu atau setiap hari lagi bagus )
2.Buat Satu Format Perbelanjaan Bulanan
3.Tuliskan kesemua pendapatan bersih yang diterima.( Masukkan pendapatan isteri sekali jikalau bekerja dan yang boleh susah senang sama suami :)
4.Pecahkan kepada beberapa item seperti , 
  a. Tabungan ( 10-20% )
  b. Sewa Rumah
  c. Elektrik
  d. Air
  e. Astro
  f. Internet
  g.Petrol
  h.Ansuran Kereta/motosikal ( sekiranya bayar tunai melalui bank )
  i. Upah Pengasuh / Tabika /Prasekolah
  j. Barang Dapur
  k.Susu / pampers
  l. Duit poket sendiri / isteri
  m. Lain-lain ( Topup,gunting rambut & makan luar bersama family 1-2 kali/bulan )

Buat pengiraan berdasarkan belanja sebulan pendapatan yang diterima dan jumlahkan kesemuanya. Lihat berapa tunai yang boleh tinggal dalam tangan kita.

Rumusan :-

Sekiranya masih ada lagi lebihan tunai pada kita , mungkin boleh tambahkan kepada tabungan.
Sekiranya cukup-cukup sahaja.Pastikan perbelanjaan kita berhemah.
Sekiranya perbelanjaan melebihi pendapatan, maka perlulah membuat pemotongan seperti berikut :-

Astro : Ambil pakej asas sahaja atau tukar kepada Njoi
Internet : Tamatkan perkhidmatan internet yang menggunakan bil seperti streamyx atau ambil pakej yang paling murah.Guna sahaja broadband prepaid atau pergi tempat yang mempunyai "free wifi"
Item yang lain bergantung kepada perbincangan bersama pasangan anda terutama si isteri.


Semoga apa yang penulis kongsikan boleh memberikan sedikit manfaat pada pembaca bloggers ini.

P/s : Berazam untuk lebih bersederhana dalam segala hal termasuk kewangan.


  





1 comment:

hafizmd said...

As salam,

Ambe pun tgh fikir2 nak potong jer astro ni. Sekarang ni pakej family jer, naik rm2 utk harga baru ni...

pakai decoder lama, tiap2 hari jugaklah ajen2 astro call nak mintak tukar decoder tuh...hehe

apapun, ambe setuju dgn pendekatan bro..seringgit amatlah berharga sekarang...sama2 kita buat kunci kira2 perbelanjaan isirumah...