24 July 2011

Singapore 5 Malaysia 3 ( Kasik tukar ini results !!!)

Mesti ramai peminat bola sepak berang dengan cara pertahanan pasukan bola sepak kita yang seperti tidak biasa bermain di peringkat tertinggi.Tebal muka Datuk K.Rajagopal kerana Juara Piala AFF telah dimalukan dengan jumlah jaringan yang bolos lima gol.Walaupun Safie Sali dan Abd Hadi Yahya telah menyumbat tiga gol untuk pasukan Malaysia,ia belum memadai sekiranya bekalan itu dibawa pada 28 Julai 2011 di Stadium Bukit Jalil nanti."Pertahanan leka dan penjaga gol sepatutnya cuba berusaha untuk menyelamatkan tiga percubaan tadi.Ini tidak.Cuma pandang sahaja bola itu menerjah ke jaring".Komen seorang sahabat mengenai game itu tadi.Ramai juga menyatakan bahawa sepatutnya pemain seperti Amirul Hadi dan Abd Hadi Yahya bermain untuk kesebelasan utama terlebih dahulu bermain dan penjaga gol sepatutnya ialah Apek ( Khairul Fahmi )."K.Rajagopal seperti tersilap percaturan".Komen salah seorang peminat Malaysia yang memakai jersi kebanggaan Malaysia berwarna biru.Apa boleh buat.Kekalahan sudah pun terjadi.Pemain Malaysia mesti kena "settledown" dahulu.Lupakan kekalahan ini.Fokus pada perlawanan timbal balik pada minggu depan.Semua pemain mesti menilai prestasi masing-masing terutama penjaga gol,pertahanan dan midfielder.Penyerang kita sudah cukup bagus.Mesin gol kita Safie Sali telah menunjukkan sengatnya.K.Rajagopal sudah tentu membuat bedah siasat sekarang ini bagi mencari punca kenapa pertahanan Malaysia mudah memboloskan gol untuk Singapura.Peminat Malaysia masih menaruh harapan bahawa skuad Harimau Malaya akan melawan balik.Akan membuat amukan seperti harimau yang tercedera di depan puluhan ribu penyokong Malaysia.

Ayuh peminat Malaysia...Kita letupkan Stadium Bukit Jalil 28 Julai 2011 untuk memberi semangat motivasi kepada team Malaysia. Kita penuhkan stadium seperti kita penuhkan stadium semasa perlawanan persahabatan antara team Arsenal,Liverpool dan Chelsea.


HARIMAU MALAYA BOLEH!!!!

p/s : Si Subra , defend semasa friendly dengan Chelsea kelmarin bagus juga kalau dia dapat main.

No comments: