14 July 2011

Bual bicara BERSIH 2.0

Ketika itu aku sedang melayari BLOG -BLOG kegemaran aku.Seorang sahabat bertanyakan sesuatu..

Sahabat : Kau penyokong PAS ke?
Aku : Tak,aku bukanlah penyokong mana-mana parti.Tapi aku cuma ingin mencari KEBENARAN sahaja.
Sahabat : Kebenaran apa yang engkau cari?Pasal BERSIH?Sudahlah!Itu semua hendak mencemarkan imej Malaysia. (nada sinis )
Aku:( Senyum ) Imej Malaysia memang sudah tercemar bro.Kebebasan rakyat untuk bersuara telah dinafikan.
Sahabat: Kenapa mereka ingin ber "DEMO"?Apa yang diinginkan oleh diaorang?Tu si Ambiga itu.Pemimpin kafir yang menyokong backup Lina Joy.Kenapa dia yang jadi pemimpin BERSIH?Mengapa bukan Anwar,atau Haji Hadi Awang?( dia senyum.macam soalan itu membunuh aku.)
Aku:BERSIH adalah anjuran badan NGO.Jadi sebab itu yang dirasakan layak adalah Ambiga.Pemimpin Pakatan menyokong dari belakang sahaja.Ini bukan kepentingan peribadi Ambiga atau isu yg ditimbulkan oleh Ambiga sendiri.Ini soal sistem politik yang dikatakan demokrasi tetapi tidak demokrasi wajar diperbetulkan.Rakyat mahukan pembaharuan dalam keadilan sistem pilihanraya.Rakyat juga mahukan pemimpin kerajaan lebih telus dan jujur dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat.Kalau betul rakyat didahulukan,kenapa masih ada lagi rakyat yang menderita.Rakyat terpaksa ikat perut.Orang kampung yg selama ini pun memang ikat perut utk berjimat cermat.Lain diaorang tidak mahu.(sebenarnya aku kelihatan tiada jawapan berkaitan dengan isu Ambiga itu )
Sahabat:OOoooo...(seperti bungkam seketika).Tapi orang macam kau ikat perut ke?Lihat apa yang ada pada kau.semua cukup.Isteri kau pun bekerja jugakkan.Sbg n........ kan?Kau tak bersyukur ?(Nada sindir lagi)
Aku:Aku bersyukur.Alhamdulillah.Tapi kita tidak boleh memikirkan tentang periuk nasi kita sahaja.Kita mesti memikirkan rakyat jelata yang lain.Dan itulah peranan pemimpin.Mestilah adil.Jangan pandai cakap sahaja dengan slogan "Pemimpin Berjiwa Rakyat"Berjiwa rakyat sangat ke?Mungkin mereka boleh dikatakan sebagai "Pemimpin Berjiwa Rakyat"apabila ada si tukang ambil gambar media elektronik di program/majlis ramah mesra rakyat apatah lagi di program penyerahan rumah PPRT,didukungnya anak orang miskin itu,dibelai dan disuapkan makanan ke dalam mulut,adakah itu Pemimpin Berjiwa Rakyat?(Aku bertanya balik )
Sahabat:Kah..kah..kah ( gelak besar )Wah..sekarang kau pandai pula bersuara lantang.Apa bukan selama ini kau penyokong UMNO/BN ke?(Ditempelak aku balik)
Aku:Soalan aku pun ko tak jawab lagi..ini soalan lain plak yang ko nak bagi pada aku.Macam ginilah.Dulu,2,3 tahun lepas aku cuma membaca/menonton di media massa sahaja.Sekarang bila ada internet.info dan maklumat itu dari pelbagai sumber seperti blog-blog.Inilah yang boleh kita jadikan sebagai rujukan kita bro.Kita boleh mengetahui fakta/auta yang dibuat di media kawalan kerajaan pula.Terus terang aku kata,Dalam suratkhabar kata hanya 6000 orang sahaja yang join BERSIH 2.0.Yang ditangkap seribu lebih orang.kalau ditolak  angka mereka yang ditangkap sudah tentu tinggal 2,3 ribu orang sahaja.Tapi yang realitinya lebih bro..hampir 50 ribu rakyat yang join.Bukan sikit anak tu.Itu boleh mencecah 100 ribu kalau polis tidak buat sekatan jalanraya.Aku nak tanya kau lagi.apasal kerajaan takut sangat dengan warna kuning.Sampai kereta kancil kuning pun ditahan oleh kereta EVO polis Highway masa aku hendak balik ke kampung.
Sahabat:( Diam ).....Iyelah kau lah betul semua tu
Aku:Bro..mungkin dalam pada masa kita dalam keadaan selesa sekarang ini,kita ketawa-ketawa,bergelak besar,bergurau senda..kita kena fikirkan tentang apa yang telah kerajaan lakukan.Apakah benar2x kerajaan ini serius dalam membantu rakyat jelatanya.Janganlah kerana sebab kita kerja sektor kerajaan kita berasa bongkak,ego dan tidak mempedulikan hal lain.Ini isu nasional.Ini isu rakyat.Rakyat biasa yang merasainya.Bukan golongan bangsawan pemimpin yang berada diatas.

Selepas itu lantas sahabat saya ini mengajak bermain pingpong kerana jam telah menunjukkan pukul 5.00 petang.

P/s : Semestinya sudah tentu aku tersenyum sendirian.......

No comments: