29 April 2011

Sumpah Laknat ke lahanat?


Sumpah laknat tiada dalam hukum syarak dan tidak mengikut syariat Islam.Proses sumpah tersebut hanyalah kepada suami atau isteri yang melakukan zina.Tetapi Dato’ Eskay dan Dato’ Trio teruskan juga sumpah itu.Tahniah kepada pendakwah bebas yang juga guru agama kerana sedikit sebanyak telah memberikan nasihat/mentarbiyahkan  kepada 3 dato’ trio tersebut.Tetapi tidak diendahkan oleh tiga dato’ trio ini dan meneruskan juga sumpah laknat ( lakhanat ke laknat? ).Akhirnya bersumpahlah Dato’ Eskay sebagai klimaks untuk menjatuhkan Dato’ Anwar Ibrahim dalam politik kelucahan.Dato’ Rahim Tamby Chik enggan pula hendak sumpah laknat  ke atas dakwaan kepada beliau 15 tahun lepas dengan kes salah laku moral beliau kepada gadis bawah umur dulu.Patut dia pun buatlah jugak kan.Barulah gentleman.Lepas ini berapa ramai lagilah pemimpin politik yang akan mengikut jejak Dato’ Trio ini untuk membuat sumpah ( sesumpah ) untuk membuktikan bahawa si polan inilah pelakunya dalam video lucah itu.Masjid ialah tempat untuk umat Islam bersatu.Tetapi kesucian masjid telah di cemari oleh orang-orang sebegini.Maka berpecahlah umah Islam.Solat Jumaat dibuat secara berasingan kerana atas kepentingan ideologi politik dan emosi.Yang menjadi mangsa kanak-kanak,orang yang mencari kedamaian dalam masjid dan mereka yang tidak mahu ambil peduli apa yang berlaku pun.Eh..kelakar jugak dato' trio ini kena pakai baju kalis peluru dalam masjid.Takut kena panah petir ke dalam masjid ke dato'?
Saya bersumpah bahawa saya terjumpa video ini dalam kondo.Eh silap,sebenarnya saya pun bersama dgn Anwar haritu!Adoiyai... mana 1 statement sumpah aku nak pakai ni dato T n Shuib?
Dgn ini saya bersumpah lahanat sayalah pelaku video lucah dan saya tak perlu org lain utk mewakilkan saya bagi sumpah lahanat itu.Sori..i'am not desperate mcm u all bertiga..

No comments: