Hari ini aku amat memanjakan anak aku.
Aku main agah-agah dengannya.
Aku bukakan video clip lagu kartun kegemarannya
Aku timang-timangkan dia,
Walaupun UMIEnya macam memarahinya
Aku cak-cak dengannya lagi.
Dia ketawa besar....Dia bermanja denganku
Kerana ...........
Esok aku pulang ke kampung
Bertemu dengan ayahku.
Yang terlantar sakit di hospital
Dia memerlukan anaknya.
Mungkin untuk berbicara sebentar
Atau cukup sekadar aku pulang
Untuk menjenguknya.
Apa yang pasti aku tahu
Ayahku gembira jikalau anaknya pulang
Menguatkan jiwa dan semangatnya
Batin dan zahirnya
Kemudian baru dia dapat bermain
dengan cucunya yang pertama itu
Ayah,tiba giliranku pula memanjakan ayah.
1 comment:
hehe.. yang ini gua suka.
Post a Comment