26 October 2010

Zaman belajar,bujang,kahwin dan bla.bla.bla....

Kiri : Raja Kurshid,aku,Faisal,Fariz,Syahrizal,Sairani
 Ia merupakan 1  perjumpaan yang amat bermakna setelah mungkin 7-8 tahun tidak berjumpa dgn sahabat2x yang sama2x duduk sewa 1 rumah di Seremban2 Negeri Sembilan ketika sama-sama belajar di Kolej Negeri,Negeri Sembilan.Perkahwinan Fahmi yang pada mulanya aku rasa aku tidak akan hadiri majilis perkahwinan dia itu akhirnya aku pergi juga.Alhamdulillah,dapat juga aku pergi ke Kuala Lumpur untuk bersama-sama dengan rakan lain pergi majlis perkahwinan Fahmi.Namun ada juga akan yang lain aku tidak dapat berjumpa .Sengaja aku "mengklasikkan" gambar ini supaya ia menjadi satu interprasi yang amat mendalam kerana dalam tempoh itu,banyak benda yang berubah.Bila teringat ketika zaman belajar dulu,macam2x dibuatnya.

Kadangkala sesuatu peristiwa itu akan terus bermain dalam fikiran kita.Mungkin sepanjang hayat peristiwa itu akan dikenang.Baik yang baik,pahit manis.Dulu dengan zaman kenakalannya,Kenakalan aku dengan rakan lain.Ketika susah semasa elaun bulan dah habis hendak tunggu sampai hujung bulan,masak nasi sahaja,lauk sambal ikan bilis yang sedikit dikongsi 4-5 orang.Tapi aku dan sahabat tetap enjoy dengan life pada masa itu.Ketika cerita Dragon Ball tengah meletup.Set masa pukul 9.30 pagi bangun hendak tengok cerita itu,kemudian sambung tidur balik.Main PS1,game bola buat liga juara-juara dalam rumah.Masing2x tak nak kalah sampai TV kena sambar petir dan banyak lagi.Akhirnya tamat belajar,bawa haluan diri masing2x.Mungkin pada mulanya kita akan contact antara 1 sama lain.Tapi lama2x akan hilang begitu sahaja disebabkan mereka sedang ghairah membina reputasi dan kerja pada ketika itu.Itulah roda hidup.Ada yang tukar nombor telefon,ada yang menghilangkan nombor itu serta komitmen fokus pada kerja menyebabkan khabar berita jarang didengari atau "lost contact".
Nasib baik ada Facebook sekarang ni!Kalau tidak kita tidak tau apa cerita member-member lama sekarangkan?
Ada sikit lah iras Hairie Othman

p/s :Selamat Pengantin Baru Fahmi dan Liyana

2 comments:

one2paii said...

hemmm ado la ckit..irah2 de ado

Anonymous said...

haah la..
mcm hairie othman la.. hehhe..