28 October 2010

Catatan ke 100

Ini adalah catatan ke 100 aku.Sejak dari 2007 lagi.Sangat jauh timeline ia untuk mencapai angka ke 100 ini.Malam tadi aku membelek gambar kahwin aku.Tersenyum sorang2x.Ada lebih 2 ribu keping gambar yang diambil.Patut lah masa aku belek2x ada gambar yang belum aku tengok lagi.Antaranya gambar diatas itu.My siblings.Gambar yang diambil semasa majlis Raja Sehari aku tahun 2008.Mereka ini lah yang paling sibuk dan bertungkus lumus selain saudara mara, jiran dan sahabat handai aku bagi memastikan majlis aku berjalan lancar.Ianya sudah 2 tahun berlalu.aku.Aku abang yang pertama,mereka yang kedua dan terakhir.Hero ibu dan ayah aku kan.Masa aku sekolah dulu,tahap baran aku amat melampau dengan adik aku.Penampar dan terajang hinggap kat badan diaorang merupakan perkara biasa.Masa itu aku tidak reti menggunakan pendekatan psikologi agaknya.Bila diimbas apa yang telah aku lakukan,aku menyesalinya.Sekarang keadaan itu dah berubah.Hubungan aku dan adik-beradik bertambah erat dan sentiasa menolong antara satu sama lain.Aku pun mempunyai kehidupan aku sendiri. Begitu juga adik aku  dengan kehidupan masing2x dan n bekerjaya.Walaupun kami bukanlah kategori yang mendapat pekerjaan jawatan yang tinggi,masih lagi boleh mencari makan.Alhamdulillah.Rezeki tuhan berikan.Terima kasih adik2x ku.Aku sangat menghargai kalian.
Aqil anak buah pertama bagi paksu dia
Aqil dan Pakngahnya sama aja baju dia
P/s:Sebulan lagi genap 2 tahun aku berkahwin.Mungkin nak mengimbau kenangan zaman bercinta dengan isteri sampai lah aku terima nikahnya

No comments: