05 July 2010

Sesumper,PuteraohtraBulan..ia sama shj

Daripada SESUMPER kepada PUTERAOHTRABULAN..sekarang bertukar pula kepada Jurnal Seorang Lelaki.oH..aku masih lelaki yg sama.Agak sukar untuk aku mencari jawapan kenapa aku tidak memberi perhatian sangat kepada BLOG ini.Mungkin kerana FaceBOOk.Iyer..suma org tau apa kegunaan Facebook itu.Diharap kalian masih sihat walafiat dan segar bugar lagi.

Hari dah jauh malam.aku tinggal seorang diri.Mana perginya sang isteri aku?Oh..dia telah melahirkan seorang anak lelaki dan sedang berpantang dikampung dlm daerah Segamat.Anugerah untuk aku dan dia dari Allah.Alhamdulillah.Kehidupan bertambah gembira & ceria.Menjadi seorang ayah membuatkan aku kena berkorban demi anak.Tiada lagi belanja sakan untuk material aku.Tumpuan perbelanjaan kpd keperluan anak shj.Semoga famly aku dimurahkan rezeki lagi.Kehidupan telah lengkap.Fokus aku kpd kerja&keluarga sahaja.

Pengalaman melihat isteri melahirkan anak sgt menginsafkan aku.Dua hari dia didalam kesakitan melahirkan anak.doa dan kata2x semangat untuk isteriku sebelum dia selamat bersalin pada jam 2.00 pagi 23/06/10.Dia selamat aku pun lega.Bila terdengar tangisan anak..kami erat menggenggam tangan sama2x.Oh..kamu telah dilahirkan didunia.Mmg ayah dan umie menunggu kamu selama 9 bulan.Selepas itu aku diminta untuk mengazankan & mengqamatkan anakku.Terasa sejuk tangan aku bila aku memangku bayi yang sgt kecil itu.Lalu aku peluk nya dan mula mengazankan.aku memandang wajahnya.Dia tenang tidak nangis.Seolah sedang menghayati takbir azan itu.Hati aku mula tersentuh.Kerana perjalanan aku menjadi seorang ayah telah pun bermula.

Selepas itu aku mula membiasakan diri menggunakan perkataan ayah pula.Dan juga perkataan umie.Belajar memegang baby dgn cara yg betul.Menggagahkan diri bangun pd waktu tgh mlm.Menukarkan lampin,membedung anak..Ohh..kata rakan2x byk lagi yg baby belajar,byk lagilah yg akan engkau belajar dari dia.Aku akur dan mengakuinya akan kata2x itu.

Dan byk lagi story yg akan aku postkan dlm blog ini.



Muhammad Aqil Zahwan ( sejam selepas dia dilahirkan )

No comments: