11 January 2010

Penat!!!

Aku baru je balik dari kampung.Oh.Sepatutnya aku kena kerja hari ini.Oleh kerana isteri aku mendapat panggilan dari kampung , adik ipar aku kena gigitan nyamuk (Denggi),maka bergegaslah aku balik ke kampung juga pada petang semalam untuk melawat adik ipar tersayang di hospital segar amat.Keadaan yg teruk memaksanya dimasukkan ICU.Tapi hari ini dah ok dah.Dah transfer balik ke wad biasa.Pengajarannya, kita haruslah menjaga kebersihan kawasan rumah kita dan kalau rajin kawasan rumah jiran kita yang sebelah menyebelah juga agar rumah kita tak disembur asap.Kononnya untuk membunuh nyamuk.Aku rasa nyamuk sekarang dah kebal.Dia pun pakai MUSK jugak.selepas menghantar isteri aku pergi kerja tadi,bergegaslah aku ke restoran mamak.apa lagi online internet free lah.Cuma membayar segelas tea tarik nipis , kurang manis dan gelas besar aja.Badan penat jugak nih.Niat aku nak online malam ini sebab nak login IPortal aku.Sejak bergelar mahasiswa E-PJJ ni..nota,soalan,jawapan,makluman suma nak kena tgk dlm I-Portal student.Aku teruja lah tadi nak login.Tapi tak dapat2x..Itulah masa daftar haritu briefing untuk IPortal student,aku cabut tak pegi.

Sekarang aku pening..


Aku tak jumpa apa yang aku cari..

No comments: