21 January 2010

Cerita TEVEZ



LONDON: Carlos Tevez meneruskan kecemerlangan jaringannya dengan menyumbat kedua-dua gol dalam melakarkan kemenangan Manchester City 2-1 ke atas pasukan tetangga, Manchester United, kelmarin untuk mengatur pertemuan sengit perlawanan kedua separuh akhir Piala Liga.

Tevez mengutip jaringan peribadi kepada 13 daripada 11 perlawanan terakhirnya tatkala City berada di depan dalam perlawanan pertama antara dua musuh sekampung di Eastlands menentang bekas kelabnya walaupun juara bertahan itu tampak yakin akan dapat bangkit di Old Trafford, Rabu depan.

“Itu sungguh istimewa kepada saya, dua gol adalah untuk penyokong City,” kata Tevez selepas sepakan penalti babak pertama mengikat kedudukan dan tandukan babak kedua memastikan kemenangan.

Ryan Giggs meletakkan United di depan selepas minit ke-17 dan walaupun pelawat merobek pertahanan City dengan mudah dalam tempoh 20 minit terakhir, mereka tidak dapat mencari gol penyamaan.

Permusuhan di antara City dan United meningkat beberapa tahun kebelakangan ini dengan ancaman utama kepada dominasi kelab Old Trafford dalam bola sepak Inggeris datang daripada kelab London, iaitu Arsenal dan Chelsea.

Bagaimanapun, pemilik jutawan City dari Arab dan pembelian pemain utama seperti Tevez, Emmanuel Adebayor, Robinho dan beberapa lagi membawa gambaran berlakunya perubahan dalam penguasaan.

Tevez memainkan peranan penting dan kebangkitan City selepas meninggalkan United dalam suasana kontroversi akhir musim lalu dengan City mempamerkan poster gergasi dalam warna jersi mereka, Awan Biru, di tengah pusat bandar dengan mesej “Selamat Datang ke Manchester” di bawah gambarnya. - Reuters


p/s : Aku dah cakap dah kat Alex tahun lepas.Jgn jual dkt kelas EPL lain.Nak jual Tevez pun,juallah dekat Kelab Liga Sepanyol ke,Italy ke...Kan dah makan tuan...

1 comment:

Encik Akmal said...

hahaha... nape tak masukkan sekali kes tevez ngan neville tu? heheh..