10 December 2009

Detik terfikir masa itu

Kebosanan yang amat nyata pada aku di hujung tahun 2009.Mungkin perlu pergi bercuti 4 - 5 hari untuk mendapatkan tenaga luar dan dalam yang baru pada aku.Kerja - kerja yang perlu dibereskan sebelum habis tahun ini pun hampir tidak bergerak...Semangat dah pudar.Motivasi sudah tiada..Walaupun hampir setiap hari aku meniupkan kata - kata semangat pada diri aku untuk cekalkan hati didalam mengharungi "LIFE" ini.Aku cuba menjadikan hidup ini lebih "simple" tapi bermakna...Tapi ia tidak semudah yang disangkakan.Rutin harian yang menjadi ketetapan hidup.Bangun pagi,celik mata dan matahari menerbitkan sinar paginya,bermulalah 1 episod pada hari itu.Berdoa di diawal pagi sesudah solat Subuh memohon agar semoga hari itu menjadi hari yg lebih baik dari semalam.Selepas itu pergi kerja dan melaksanakan tugas hakiki sbg seorang kerani biasa.( Huh..sudah 4 tahun aku bekerja di jabatan kerajaan .Bekerja di dalam suasana yang pelbagai ragam manusia yg bernama pekerja.Baik yg lama atau baru.Baik pegawai atau pun di tahap kita.Semuanya ada peranan masing2x.Tapi aku tidak puas dengan kerjaya aku.Seolah - olah tiada cabaran rasanya.
Sekarang aku pula sedang menyelusuri fasa hidup sebagai bakal seorang ayah.Bakal mempunyai waris menyambung generasi Hj. Abu Bakar.Bakal cucunya yg pertama juga.Isteri aku menghadapi " morning sickness ( on - off )" yang agak teruk sehingga menghadkan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.Aku faham dan aku bersedia menghadapinya.Dahulu aku melihat isteri - isteri mereka yang aku kenali menghadapi situasi itu.Kini tibalah giliran aku pula.Memasak , mengemas rumah menjadi aktiviti sampingan aku dan melayani keinginan sang isteri tercinta.Cuma adakalanya emosi aku untuk menjadi marah dan geram tiba-tiba bergolak.Tapi di dalam hati aku "Sabar itu separuh dari iman".Pada bulan terakhir untuk melangkah masuk ke tahun baru 2010, aku telah mula mencari kelemahan dalam diri aku untuk aku perbaiki kerana tahun 2009 ini aku merasakan banyak cacat celanya.Keinginan untuk sambung belajar,mencari peluang 'part time job' untuk cari duit lebih dan fokus pada rumah tangga & kerjaya,yang itu telah menjadi "Priority" aku pada masa sekarang ini.Memotivasikan diri untuk melalui kehidupan yg penuh pelbagai dugaan dan cabaran.Sebenarnya aku cuba mencari cabaran baru, pengalaman baru untuk bekalan kehidupan dan boleh mematangkan diri aku.Itulah proses kehidupan yang aku sedang susuri.Rasanya aku perlukan sahabat baru.Biar bertambah sahabat baru agar boleh berkongsi idea dan pengalaman hidup.Biar menjadi sahabat baik kerana aku memang sukakan persahabatan dan aku sebenarnya aku adalah orang yang sangat menghargai persahabatan itu.

1 comment:

Anonymous said...

tahniah pd abg yg bakal menjadi seorg ayah..impian sy utk bersme insan yg syg mungkin telah luput akibat kecurangan yg xtau dr mane pihak..setahun ditipu ckup besar dugaan utk sy..xtahu dimana slh n cuba utk memperbaiki hubungan nyata sia2..sekiranya sy yg mencuba tp pihak yg stu lgy x..bertahun2 bercinta ternyata hari ulangtahun perkenalan boleh dilupakan..itulah dugaan yg perlu sy tempuhi..jarak jauh..hanya kejujuran n kepercayaan yg diberi..namun kepercayaan yg sy beri nyata sia2..