17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Alhamdulillah..

Tinggal 3 hari untuk kita meraikan Syawal..
Bersyukur pada ALLAH s.w.t kerana rezeki dan nikmat yang telah diberikan kepada kita semua.

Semoga kita meraikan Aidilfitri dengan rasa gembira dan riang.
Tetapi jgnlah ia berlebihan
Kerana ada yang menangis,ada yang sedih kerana dalam bulan Ramadhan kehilangan orang tersayang, kehilangan harta benda, di timpa kecelakaan dan lain2x.
Bagi aku pula inilah pengalaman pertama dan mungkin aku rasa teruja kerana aku menyambut Aidilfitri bersama isteri buat pertama kalinya.
Aku juga bersyukur kerana isteri aku akhirnya dapat juga berpindah mengikuti aku di Pontian Johor.Pendek kata lagi aku tidak keseorangan di sini dan tidak perlu lagi berulang balik ke Melaka pada setiap minggu.
Bersyukur juga kerana isteriku dapat cuti Hari Raya. Bolehlah menyambut Hari Raya bersama keluarga aku dan sebelah keluarga isteri.
Aku juga bersyukur Allah telah menambahkan rezeki ku..Adalah sedikit..Bolehlah menyambut hati raya dengan lebih bermakna.Beri kepada org tua sedikit.
Insyaallah aku tidak lupa pada mereka yang susah.Akan aku berkongsi rezeki yang aku perolehi ini kepada mereka yang memerlukan pertolongan.Semoga rezeki yang diperolehi lebih diberkati lagi.
Takziah kepada sahabat baik aku Syahrizal Mohd Noh kerana kehilangan ayahnda dia yang pulang ke RAHMATULLAH semalam.Semoga roh ayahndanya di cucuri rahmat di tempatkan di kalangan org yg beriman.

Amat indah hidup ini jikalau kita sentiasa bersyukur kepada ALLAH dan redha dengan takdir Qada' dan Qadar yang kita terima kan ???

Benarlah setiap dugaan yang menimpa kita pasti ada HIKMAHNYA..

kerana ALLAH telah merancang sesuatu yg lebih baik kita.

Apa yg penting kita ada rasa sabar dan sentiasa berdoa selalu.

All bloggers, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZHIR DAN BATIN..

No comments: