01 June 2009

Kepada Si Jelik yg sangat Menjengkilkan

Ah..cepat nyer masa berlalu.Sudah hampir setengah tahun.maknanya sudah 150 hari aku menempuh hari-hari yg penuh berliku.pahit manis,ku cekalkan jugak.Tidak bermakna aku tak pernah tertewas dengan dugaan hidup yg kadang2 menunggu gelombang laut masa untuk menghentam.Sesekali memikirkan episod kehidupan aku yg tidak bernoktah lagi.Aku tidak menidakkan takdir yg telah tertera di ‘LUH MAHFUZ’.Aku ingin pecut.Memecut sekuat-kuatnyer.Agar tidak terlepas impian aku dalam genggaman jari jemari yg masih berdaya untuk memegangnya.

Kepada si jelik yg kecundang.Dengan egois yg kalian ciptakan sendiri dalam hidup kalian .Kalian mungkin lupa bahawa , kaca-kaca itu lebih banyak dari permata. Kalian mahu minta tolong pada siapa??Adakah pada si tikus mondok yg selalu berlari berdecit – decit menyembunyikan diri atau si katak dan kodok yang menyanyikan lagu memanggil Hujan? Hipokrit, egois seperti kerangka titanium yg tidak mudah di bengkokkan.Tapi aku tidak heran dengan sifat kalian tu. Tidak sedikit pun menjadi kudis mahupun cacar dalam hidup aku.Teruskan lah sifat sialan kalian seperti ‘Kacang lupakan kulit’. Teruskan dengan ketawa besar yang menampakkan kejelikan & kejengkilan kalian.Barangkali juga menampakkan ketuaan kalian. Tidak pula seperti akal panjang Si luncai terjun dengan labu-labunya.Ah jgn kalian lupa pada kuasa Yang Maha ESA.Ibarat kata saudaraku , ‘Tuhan Bayar Cash’.Semoga kalian beroleh Nur Cahaya ILAHI.

Ayunan dugaan yang aku hadapi, tidak memberontakkan hati aku. Aku cuba cekal dan senyum selamber di depan manusia-manusia yg sedang meniti kehidupan masing2.Halal dan haram ..ah lantaklah..Siapa aku kepada mereka.Tapi terima kasih yg mengasihi.Terima kasih yg memandang aku seperti permata.Biar berjangkit sifat murni dan budi pekerti kepada kalian sahabat aku.Terus terusan ….

3 comments:

Bunga Binti Nordin said...

sebab tu tuhan suruh kita bersabar

StingRay said...

kacang lupakan kulit?

kalau kulit lupakan kacang?..kerana kacang kulit dibuang...dan terselamat dari dimakan.

=p

~Cinta Cukulet~ said...

dugaan hidup..huu..tabahlah kawan :)