17 March 2009

Aku tersangatlah free dekat ofis sekarang ni.Tersangatlah sangatlah free sebab semua kerja aku dah habis siap.Biasalah,kalo dah takder kerja..Duduk mengadap komputer melayari Internet.Dalam setengah jam yang lepas,aku baru sahaja membuat perubahan BLOG ini.Nama blog ini bukan SESUMPER lagi dah.Blog ini di panggil Putera Ohtra Bulan.Nama Sesumper ni macam tak bestlah.SUMPER ni asalnya perkataan jawa.Maknanya "Pemandu".Kawan aku ada nama panggilan ni.Panggilnya SUMPERRRRRRRRRR......Ha3x.Kemudian aku menampal dengan template baru.Akhirnya dapatlah page blog yang baru.Aku rasa puas hati.3 - 4 hari yang lepas,aku baru je ikut rombongan meminang dan bertunang kawan aku.Dekat2 Melaka.Adalah kawan aku yang lain pegi menghantar juga..Ijan,Wan,n Panjang.Yang Nak bertunang ni namanya ( nama samaran ) Aki.Dah bertunang kawan aku ni.Yang 3 orang tu belum lagi nak tunang sebab diorang nak terus kahwin.Agaknyer kot..Semasa aku berhenti berjumpa dengan sahabat aku ni dekat satu bas stand Masjid Tanah,kelihatan kawan aku Ijan ni sedang membetulkan cermin tingkap kereta Wajanya."Pe hal cermin tingkap keta ko ni"?aku bertanya." Cermin jatuh,drive laju sangat"respon kawan aku ni."Fuh,agaknya team ko nak kalah malam ni."aku berkias-kias bukan berkais ayam dekat Ijan..Mendalam maknanya tu"Raut mukanya berubah walaupun dalam masih berkeadaan macho.Akhirnya tingkap ketanya dapat di betulkan."Uiks,ni kalo orang tengok tingkap keta ni ada selitan surat kabar kat tingkap,mesti diorang ingatkan ada rak buku."Pergh,Wan tu buat lawak plak sedangkan dia pun turut menumpang keta si Ijan ni.nasib baik tak kena tinggal.Selepas beberapa ketika,menunggu kawan yang buat solat jamak ( Alhamdulillah )bergerak lah rombongan meminang utk sampai ke destinasinya.Sesampai sahaja,kitaorang lepak di mesjid.Aki semakin tak tenteram.Dia ingatkan mak dia dah pegi rumah org terima rombongan meminang.Sebab cincin tunang kat mak dia.Rupanya mak dia tertinggal.Kat Mesjid.Mesjid tempat kitaorang lepaklah.Rupanya sebelah mesjid aja rumah bakal mak mentua ni.Sikit hari boleh lah Aki jadi bilal Subuh kejutkan muslimin muslimat.Amin..Akhirnya setelah beberapa ketika.Aki telah jadi tunangan org.Dia tidak boleh sengaja atau tidak sengaja menumpahkan darahnya.sebab nanti semut hurung.Darah manis..Duit hantaran..Rahsia!!Tapi aku dan kawan2 tau..Tapi tak bleh bagitau dekat sini..Selepas kitaorang makan2,kitaorang bersalam-salaman kitaorang pun balik.Sebelum balik kitaorang singgah minum.Minum sambil makan goreng keropok lekor RM 6 dan Rojak Buah RM 3..Sambil makan2 mencuci mata budak sekolah.( Lawa tu budak sekolah ni ) Ayu aja..Menikmati pemandangan laut..Desiran angin pantai..Mengasyikkan..Kitaorang lepak sampai warung tu dah nak tutup..Ingatkan nak tolong kemas dan tutup warung tu sekali.Selepas itu,aku pun bersalam-salam dengan kawan aku.aku pun blah lah secara keseorangan.
Pada malam itu selepas aku menjemput bini aku balik dari kerja,aku bawaklah bini aku makan,sambil tengok bola live.Aku berasa semangat sekali melihat team favorate aku beraksi.Dengan skill yang hebat.Tapi akhirnya......Di Pendekkan cerita..
( Pada tengah malam itu aku terima sms,"Kah kah kah...Woi....Bape score line td.Aku x kire la plak...Kah kah kah...Woi...Bgtau cepat skit.Ada Bdk tanye results kat aku ni..Kah kah"Aku dapat bayangkan Ijan dengan muka yang begitu suka hati sekali..Aku tak dapat balas msgnyer.Sebab kredit aku dah habis..Semoga ada kawan yang lain dapat bagitau kat Ijan.Aku menutup lampu dan tidor di sisi isteri.Dengan hati yang panas..

No comments: