Hujung minggu
yang bersambung dengan cuti sempena perayaan Krismas membolehkan aku meluangkan
masa untuk menonton filem Miss Pregrine’s Home Peculiar Children di saluran
Astro Best Ia merupakan filem penutup aku tonton sebelum tahun 2016
berakhir . Filem ini salah satu genre yang sangat aku minati untuk menontonnya
malahan isteri pun sangat menyukainya untuk menonton filem bergenre fantasi ini.
Jake atau Jacob
Portman seorang budak naïf (mungkin) yang tinggal di Florida merupakan cucu kesayangan
datuknya yang dikenali sebagai Abe. Semasa Jake kecil, datuknya membacakan buku
cerita mengenai kisah anak-anak yatim yang mempunyai kuasa yang aneh.
Cerita-cerita datuknya begitu terkesan dalam fikiran Jake sehingga Jake
bersekolah. Di sekolah, Jake diejek oleh rakan-rakannya kerana mempercayai
cerita datuknya itu termasuklah gurunya yang mengatakan cerita itu mengarut dan
ianya sebuah rekaan sahaja. Sejak dari itu Jake tidak mempercayainya cerita datuknya
sehingglah datuknya mati dibunuh. Sebelum Abe menghembuskan nafas terakhirnya
dipangkuan Jake, Abe berpesan pada Jake supaya mencari Miss Peregrine’s, pengetua rumah anak yatim di sebuah pulau di Wales.
Selepas kematian Abe, fikiran Jack seperti terganggu sehingga ibu bapanya terpaksa
merujuk Jack ke psikatrik kerana trauma apa yang berlaku ke atas datuknya.
Akhirnya Jack mengambil keputusan untuk merungkaikan apakah misteri yang
berlaku kepada Abe dan kaitan cerita datuknya serta bagaimanakah Miss
Peregerine’s membantu Jake mencari jawapan bagi dirinya. Jake mengajak ayahnya
untuk bercuti di pulau tersebut. Di situlah pengembaraan Jake akan bermula
Pada awal
penceritaan filem ini ia tidak membosankan malah perasaan ingin tahu
membuak-buak dan aku fokus menonton filem ini mengikut plot – plotnya.
Untuk memahami
jalan cerita ini, lebih baik kita mengenali watak-watak yang dilakonkan dalam
filem ini.
1 1. Jack
- seorang budak naïf yang tak tahu bahawa dia ada kuasa aneh boleh
melihat raksasa Hollow.
2. Miss Peregrine – Pengetua rumah anak
yatim, juga dikenali sebagai Ymbryne yang boleh bertukar menjadi burung serta
mampu memutarkan kembali masa 24 jam.
3. Emma Bloom – Gadis terapung kerana
lebih ringan dari udara.Kena pakai kasut buatan plumbum atau diikat dengan tali
pada badan supaya tidak terapung melayang. Emma juga mempunyai kuasa untuk
mengawal udara. Sebab itu tempat persembunyiannya di dalam kapal laut yang
telah karam.
4. Olive – Seorang gadis yang mempunyai
kuasa menghasilkan api dari tangan kirinya. Olive sentiasa bersama dengan
rakannya yang dikenali Enoch.
5. Enoch O’Connor – Kononnya ada kuasa
boleh menghidupkan apa saja objek untuk dijadikan barang permainannya. Anda
boleh tonton di mana Enoch boleh menghidupkan patung bayi dengan meletakkan
jantung macam gitu aja. Dan seorang lelaki yang kuat cemburu.
6. Barron – Seorang saintis yang
mempunyai kuasa aneh membolehkan dia bertukar menyamar menjadi orang lain.
Contoh menjadi penulis buku mengenai burung dan doktor psikitrik. Watak utama
sebagai geng jahat untuk hidup kekal abadi dengan menangkap Ymbryne sebagai eksperimen. Akhirnya En. Barron dan rakannya menjadi raksasa hollow. Untuk
menjadi manusia kembali, dia mesti makan mata anak-anak yatim yang mempunyai
kuasa aneh juga.
7. Millard – Dia ini kalau tidak pakai
baju dan seluar, orang lain tidak nampak dia.
8. Bronwyn – Budak kuat dan gagah
perkasa macam badang walaupun baru berusia 6 tahun dan tidak banyak bercakap.
Ada seorang abang bernama Victor yang kuat juga.
9. The Twins – Lama betul aku tunggu
‘The Twins’ keluarkan kuasa aneh mereka sehingga filem ini hendak sampai ke
penghujungnya. Rupanya dengan melihat wajah sebenar The Twins akan menyebabkan
orang bertukar menjadi batu.
10. Horace Somnusson – Mimpi- mimpi
Horace boleh menjadi ramalan apakah yang berlaku seterusnya kepada anak-anak
yatim Miss Peregrine. Si Horace ini ‘smart’ orangnya dan fashionable. Boleh
jadi tukang jahit terkenal kalau dia tiada kuasa aneh ni.
11. Abraham ‘Abe’ Portman – Abe sezaman dengan
Miss Peregrine dan anak-anak yatim lain termasuk Emma. Disebabkan beliau ada
kuasa aneh yang boleh melihat raksasa Hollow, Abe memburu hollow-hollow ini
untuk dibunuh supaya Hollow ini tidak mengganggu manusia dan anak – anak yatim
yang mempunyai kuasa aneh. Abe pencetus kepada persoalan – persoalan yang
menyebabkan Jake menemui Miss Peregrine bersama yang lain. Abe bersara dari
terus memburu raksasa ini bagi melindungi keluarganya terutama cucunya Jake
dari buruan holow-hollow ini. Walau bagaimanapun Abe sentiasa berhubung dengan
Miss Peregrine dan bertanya khabar tentang sahabatnya.
Scene – scene yang sedap ditonton.
Antara scene yang aku rasa best untuk
ditonton ialah ketika Emma membawa Jake ke tempat persendiriannya di kapal yang
karam di dasar lautan. Sebenarnya lagu latar scene itulah yang buat menarik
hati untuk pegun di depan TV. Kita tahu itulah teknik GCI canggih, tetapi lagu
latar itulah yang membuatkan sesebuah filem itu sedap ditonton. Selain itu
scene lain yang menarik ialah ketika Barron di hembus oleh Emma ke dinding di
hujung filem berkenaan. Barron ni jahat tetapi tak nampak macam kejam sangat
dan watak yang dilakonkan oleh Samuel L Jackson ini jauh tersasar dari watak
Kapten Fury dalam filem Marvel sebelum ini. Aku boleh bagi 5 bintang.
Siapa yang boleh menonton filem ini?
Semua orang boleh menonton filem ini bagi
yang minat filem genre fantasi. Filem ini dikategorikan P13 kerana mempunyai
unsur tahyul dan mengarut.Kanak-kanak boleh menonton tetapi perlu bimbingan
oleh ibubapa. Anak-anak aku pun menonton sekali filem ini. Adalah juga
pertanyaan dari anak aku tentang filem ini. Mereka tonton sahaja, sebab mereka
tidak faham bahasanya. Nak baca sarikata pun tak pandai lagi. Jadi kita kenalah
bersedia dengan jawapan yang jujur mengenai apa sahaja soalan yang dikemukakan
oleh anak-anak kita. Jawapan kepada anak biarlah mudah untuk difahami oleh anak.
Menonton filem ini kita kenalah relaks.
Rumusan.
Aku menonton filem ini melalui Astro Best.
Oleh demikian dalam setengah hari adalah banyak kali repeat filem ini. Aku buat
kerja sambil tonton filem ini. Anak-anak pun tonton filem ini banyak kali tapi
tiadalah sampai pegun duduk depan tv sampai benda lain mereka tak buat. Jadi,
filem ini boleh ditonton banyak kali rasanya. Untuk rating bintang aku boleh
bagi 5/5 bintang.
Fakta : Di penghujung filem berkenaan,
dimaklumkan dengan pembikinan filem ini telah menyediakan 15000 kerja kepada
mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam filem ini. Huh
power.
No comments:
Post a Comment