Tidak sampai seminggu Louis Van Gaal membawa
kejayaan kepada Manchester United untuk memenangi Piala FA yang ke 12 dalam
perlawanan yang sangat dramatik dengan Crystal Palace, beliau telah pun dipecat
oleh pengurusan tertinggi kelab Red Devils. Ini bermakna Louis Van Gaal dan
para staf kejurulatihannya telah mengangkat kaki serta merta keluar dari kelab berkenaan.
Louis Van Gaal yang pernah membimbing kelab
negara Jerman, Sepanyol dan jurulatih skuad kebangsaan Belanda telah mula
mengambil tugas daripada Ryan Giggs yang menjadi jurulatih sementara selepas
David Moyes turut dipecat bermula pada tahun 2014. Beliau menandatangani
kontrak bersama Manchester United selama
tiga tahun sehingga 2017. Kejayaan menggondol Piala FA kali ke 12 tidak cukup
membantu mempertahankan jawatan sebagai seorang jurulatih di kelab ternama.
Bye-bye LVG |
LVG yang berusia 64 tahun pernah berkata kepada
wartawan bahawa beliau ingin bersara sepenuhnya daripada menjadi jurulatih bola
sepak demi mengotakan janji kepada isterinya dengan menghabiskan sepenuh masa
kepada keluarga, anak dan cucunya.LVG telah memulakan karier sebagai seorang
jurulatih pada tahun 1986 sebagai pembantu jurulatih di kelab AZ Alkmaar. Selepas
ini, tidak pasti apakah LVG akan bersara secara rasmi atau menanti tawaran
sebagai jurulatih dari kelab lain atau tugasan jurulatih skuad negara pada masa akan datang pula
Diucapkan selamat maju jaya kepada LVG. Umumnya
, faktor kelab Manchester United memecat LVG telah pun diketahui Lembaga kelab
ingin melantik Jose Mourinho bekas Jurulatih Inter Milan, Chelsea dan Real Madrid
sebagai jurulatih yang baru bagi musim 2016/2017. Ketika hari perlawanan Piala
FA berlangsung, dikatakan Lembaga Pengurusan Kelab Manchester United sedang
berunding dengan Jose Mourinho untuk mencapai kata putus isi kandungan dalam
kontraknya. Sebelum ini jurulatih kelahiran Portugal menafikan seketika yang
beliau akan dilantik menjadi jurulatih skuad Red Devils itu. Walhal beliau dan
ejennya telah beberapa kali berjumpa dengan CEO Ed Woodward membentangkan pelan
pembangunan skuad Manchester United pada awal tahun ini. Apakah Jose Mourinho
boleh mengembalikan kegemilangan Manchester United pada musim depan?
Dan…………….
Adakah Ryan Giggs juga akan meninggalkan kelab
yang sangat dicintainya?
Baca Manchester United , Glory?Glory?
Baca Manchester United , Glory?Glory?
1 comment:
Rasanya LVG pun ada input menarik juga utk MU,,,
harap lepas ni JM akan tambahkan kekuatan MU utk sesi 2016 - 2017 :)
Post a Comment