Sekarang musim hujan.Di tempat aku sudah beberapa hari cuaca
mendung dan kadang kala hujan.Bagus jugalah cuaca begini,sekurang-kurangnya aku
dapat menjimatkan penggunaan aircond di malam hari.Sekarang cuma pasang kipas
aja.Mahu tidaknya penggunaan aircond pada setiap hari meningkatkan bil elektrik
rumah.Purata dalam RM 130/bulan.Gilalahkan?Sambung kembali tentang musim hujan
sekarang.Di jangka akan berterusan sehingga bulan Disember nanti.Ini bermakna
penduduk- penduduk mesti bersiap sedia
untuk menghadapi banjir.Negeri Kelantan dan Terengganu antara negeri-negeri
yang telah bersiap sedia untuk menghadapi keadaan kecemasan seperti banjir
besar nanti.
Ini yang paling aku gusarkan sebab pada 06 Disember 2014 aku
dan sekeluarga akan menghantar adikku ke Kelantan dalam daerah Machang untuk
bernikah dengan gadis pilihan dia di sana.Jauh tu hendak ke sana.Dari Segamat
Johor ke Kelantan.Dalam perancangan akan ada beberapa kenderaan keluarga berkonvoi
ke sana.Selama 2 hari akan berada di Machang dan selesai sahaja majlis
pernikahan adik , aku dan sekeluarga akan terus bergerak singgah bermalam di
Kuala Terengganu pula.Di Machang , keluarga bakal mentua adik aku telah
menyediakan homestay.Tetapi di Kuala Terengganu belum lagi mendapat tempat
penginapan.Aku sedang mencari Homestay sahajalah.Hendak tinggal di hotel,pada
masa cuti sekolah mungkin sudah penuh ditempah tambahan pula harga bilik hotel
ada naik sedikit.Paling gusar kalau berlaku banjir di jalan-jalan utama hendak
ke Kelantan dan Terengganu samada pergi atau hendak balik ke Johor nanti.Kalau
tersangkut di sebabkan banjir dalam
sehari boleh lah bertahan.Tetapi kalaulah tersangkut selama 2-3 hari..uish habis
duit yg dibawa nanti.Nak kena cari tempat menginap lagi,hendak makan
lagi,lain-lain lagi yang perlu ditampung.Walaubagai manapun aku memang
bercadang hendak bercuti di Kuala Terengganu berjalan-jalan bersama anak-anak
dan isteri dalam 2,3 hari selepas majlis pernikahan adik aku ini.Ada juga perancangan
untuk ke Pulau Perhentian juga.Isteri
teringin nak ke pulau untuk bercuti pula.Cuma bila memantau cuaca sekarang
terasa was-was hendak pergi melancong pula.
Sekarang masih lagi google untuk mencari tempat penginapan hotel yang sesuai ,murah dan lokasi
strategik di Kuala Terengganu. Namun kalau tuan/puan ada cadangan boleh
beritahu dalam ruang komen sini ye.Di mana hotel yang murah rate dalam
RM100/sehari di Kuala Terengganu dan di Pulau Perhentian.Lokasi-lokasi menarik
yang boleh dilawati di sekitar Kuala Terengganu.Di mana tempatnya pembuatan
keropok lekor yang terkenal dan yang lain-lain lagi.Harap
sudi-sudikanlah tuan/puan memberikan komen sekali.Lagi best terus follow blog
ni..
Heh3x
5 comments:
Assalamualaikum.. tak payah laa bang, pergi pulau kat pantai timur hujung2 tahun ni.. lagi pon banyak resort tutup sebab monsun..mandi2 laut pon tak payah.. bahaya..
Ooo..ye ke?Terima kasih atas info itu ...sangat menghargainya..
tengah musim hujan ni kan..abis hotel pon banjir kut hehe
Leceh musim banjir ni. Buatnya destinasi yang kita nak tuju tu tenggelam, boleh terbantut hajat nak bersantai.
dah lepas musim hujan.. tahun ni musim panas pulak
Post a Comment