Setelah Sir
Alex Ferguson bersara dengan penuh kebanggaan, kemasyhuran dan kegemilangan,
David Moyes telah mengambil alih kejurulatihan pasukan Manchester United
bermula musim 2013/2014. Langkah pertama yang telah dilakukan oleh David Moyes
ialah menukar semua staf kejurulatihan lama. Ini termasuklah penolong jurulatih
Rene Meunlesteen dari Belanda dan Mike Phelan dari England. Jurulatih penjaga
gol Eric Steele turul mengangkat kaki keluar mencari kelab baru yang memerlukan
khidmat beliau. David Moyes telah memasukkan rejim staffnya dari Everton
termasuklah bekas pemain Manchester United Phil Neville. Apabila David Moyes memulakan tugasnya, beliau turut
membawa masuk Fellaini ( si rambut afro ) ke dalam skuad Red Devils kerana
yakin dengan kemampuan pemain itu untuk menyesuaikan diri di dalam skuad
kendalian barunya. Bermulalah era David Moyes di mana nama beliaulah yang
dicadangkan oleh Alex Ferguson sendiri ke Lembaga Pengarah bagi menggantikan
beliau. Pada masa itu terdapat juga desas – desus nama jurulatih lain yang
dikaitkan untuk melatih Red Devils. Selepas itu bermulalah pemain keluar masuk
di dalam kem Manchester United ini.
19 May 2016
18 May 2016
Kegemilangan Manchester United 2012/2013
Kesebelasan Utama Red Devils 2012/2013
Akhirnya, Manchester United telah menutup tirai musim BPL 2015/2016 dengan mencatatkan kemenangan kepada pasukan Bournemouth 3 – 1 di Old Trafford pada lewat pagi tadi. Secara rasminya kedudukan Manchester United di dalam carta Barclays Premier Table (BPL) di tempat kelima dengan jumlah 66 mata di belakang Manchester City . Walaupun jumlah mata Manchester City sama dengan Red Devils, tetapi pasukan berkenaan mempunyai kelebihan dalam jumlah jaringan gol. Bermakna pasukan Manchester United akan bermain dalam Liga Europa pada musim hadapan. Ini menunjukkan betapa prestasi pasukan Wayne Rooney ini tidak konsisten pada musim ini.
06 December 2015
Buah Pir Nikkori dan Ubi Keledek Ibaraki
Pada 30 November 2015 ( Isnin )
kelmarin , aku berkesempatan menghadiri satu program di AEO Big (M) Sdn Bhd di MidValley
untuk menyaksikan pelancaran produk buah-buahan yang di import dari negara
Matahari Terbit iaitu “Tochigiri Nikkori Pear” dan Ibaraki Sweet Potato. Pemasaran
buah Nikkori Pear dan Sweat Potato ini adalah menambahkan pilihan kepada warga
Malaysia khususnya , mereka yang suka makan makanan yang sihat , segar dan berkualiti tinggi.
Tochigi Nikkori Pear merupakan
buah pir baru yang dibangunkan oleh Persekutuan Kebangsaan Persatuan Koperasi Pertanian
( Zen-Noh ) di Jepun. Penanaman buah Pir ini dilaksanakan di wilayah Tochigi.
Manakala ubi keledek Ibaraki dihasilkan di wilayah Ibaraki. Ia merupakan
pengeluar kedua terbesar ubi keledek di
Jepun. Justeru itu AEO Big menjadi pasar raya besar yang pertama di Malaysia
memperkenalkan produk pertanian inovatif ini .Menurut Pengarah Urusan AEON Big
, Mitsuru Nakata dalam ucapannya , syarikatnya berhasrat akan memperkenalkan
lebih banyak lagi produk berasaskan pertanian Jepun kepada pasaran Malaysia
pada masa akan datang dengan kerjasama Zen Noh.Buak Pir ini besar dan seberat hampir 1 kilogram. Rasanya amat manis dimakan. Ubi keledek Ibaraki pula juga manis. Aku dapat juga membawa bali 2 biji Buah Pir dan Ubi keledek untuk dikongsi dan keluargaku. Iya mereka pun merasakan buah itu sangat sedap. Namun mereka terkedu apabila aku katakan buah itu mahal dengan harganya RM22.90/biji.
29 November 2015
Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 7
Pada hari semalam 28 November
2015, telah genap 7 tahun aku dan isteri bersama-sama dalam satu perkongsian
kehidupan. Alhamdulillah. Dalam tujuh tahun ini pelbagai cabaran dan dugaan
telah dilalui bersama dengan isteri. Mempunyai tiga orang cahayamata menambahkan
lagi seri seri kehidupan kami. Walau bagaimanapun aku dan isteri sentiasa
mengingatkan diantara satu sama lain akan sentiasa ada cabaran dan dugaan yang
perlu dihadapi pada hari yang mendatang. Justeru itu, aku sbg suami wajib
membimbing isteri dan anak-anak aku iaitu matlamat dalam hidup ini ialah
mengejar Syurga Allah. Tetapi ia bukanlah suatu perkara/tugas yang mudah
dilaksanakan seperti memetik api “lighter”. Ianya memerlukan kudrat dan mental
yang sentiasa mempunyai ISTIQAMAH yang konsisten. Sebagai seorang manusia ,kita
memang terlalai atau terleka dengan rutin harian.
Tujuh tahun di alam perkahwinan,
aku yakin kita akan mula sentiasa mencari titik persefahaman dengan pasangan
kita isteri. Kita juga sebagai suami mungkin akan membayangkan perubahan demi
perubahan dalam segala aspek daripada isteri kita. Namun harus kita ingat, kita
tidak boleh menjangkakan perkara berkenaan secepat yang mungkin. Namun dalam
masa 7 tahun, aku dan isteri juga masing-masing telah memahami karakter ,
bahasa badan dan kemahiran sosial antara
satu sama lain. Sebenarnya aku dan isteri telah mula berkenalan pada tahun
1998. Sewaktu itu aku di tingkatan empat C ( Cerdas ). Isteriku di tingkatan
empat A. Katagori kelas budak bijak pandai. Aku berkenalan dengan isteriku ( waktu
itu terus jatuh cinta ) semasa ada persembahan seni drama bersama pelajar
senior tingkatan 5. Waktu itu aku dapat watak jadi CROOK..kah3x. Selama 10
tahun kami berkawan , pada 28 November 2008 ,kami pun diijabkabulkan. Allah
telah menentukan jodoh itu pada kami berdua walaupun isteriku ada juga lelaki
yang suka pada dia sebelum ini. Kenangan semasa bertunang hampir setahun
setengah juga , menjadi ujian kpd aku
dan isteri pada waktu itu.
Itu kisah lama kami. Kami simpan
dalam ingatan. Sekarang aku berazam memperbaiki hubungan dan amalan dengan
Allah S.W.T pada setiap hari bersama isteri dan anak-anak. Allah tempat kita
bergantung. Aku mengharapkan kehidupanku
ini diberkati,diredai dan mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. Aku tidak mahu
gagal dalam menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan kepadaku. Teringatkan
sahabat-sahabatku yang gagal dlm perkahwinan mereka walaupun belum sampai 1
dekad mereka berkahwin. Iye aku kasihankan mereka.Aku kasihan anak-anak mereka
yang masih kecil. Tetapi itulah ujian yang mereka terpaksa tempuhi.
Usia perkahwinanku baru 7 tahun.
Seperti kanak2x baru bersekolah dalam darjah satu. Bermakna aku masih lagi
mentah lagi dalam alam perkahwinan ini. Banyak ilmu rumah tangga serta ilmu keibubapaan
yang perlu aku pelajari dan praktik bersama dengan isteriku. Sedemikian aku juga
mendoakan kpd blogger yang membaca artikel ini , semoga alam perkahwinan kalian
sentiasa berada dalam perlindungan Allah,dalam Rahmat Allah dan dalam
keberkatan. Jomlah kita sebagai suami bersama isteri dan anak2x kita mengejar
syurga yang hakiki.
29 October 2015
Gadis Mualaf
Usai solat berjemaah Subuh di masjid, aku bergegas keluar dari masjid kerana mahu membeli sarapan pagi sebagai bekalan isteriku yang akan mula bekerja shift pagi pada hari ini. Tiba-tiba, aku ternampak seorang gadis berdiri di hadapan pintu. Aku memandang pada wajahnya."Siapa pula gadis ni?" getus hatiku. "Assalamualaikum" gadis yang bertudung hitam labuh memberi salam padaku."Waalaikummussalam",aku menghampiri dia. Dalam hatiku pula , teragak-agak untuk mengejar masa membeli sarapan atau memberikan sedikit masaku pada dia."Cari siapa?"soalku."Saya hendak mencari AJK Masjid,ada tak?"dia memberi jawapan dengan suara yang lemah. "Oh,ada.Tapi kenapa ye?", aku bertanya lagi. Gadis itu menceritakan padaku. Dia hendak balik ke Kuala Lumpur pada hari ini tetapi tiada wang walaupun satu sen. Dia datang ke sini pada hari semalam dari Kuantan dengan menaiki bas untuk meminta pertolongan saudaranya.Kuantan merupakan tempat tinggal ibubapanya. Namun saudaranya juga tidak dapat membantu juga "Boleh saya melihat surat itu?"aku meminta izin melihat surat yang dibawa bersamanya. Aku meneliti surat itu. Surat daripada PERKIM. Pengesahan menyatakan bahawa gadis ini telah memeluk Islam pada 07 Oktober 2015 yang bernama Siti. Ah..aku ingat Siti sahaja namanya.Lahir pada tahun 1989.Benar.dia seorang gadis muda. Ada tandatangan pegawai pada surat itu tetapi aku terlupa akan namanya. Kalaulah aku bawa handset ,memang aku ambil gambar surat itu. Siti juga memaklumkan padaku bahawa dia juga sedang menjalani rawatan dialisis buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur dan mata sebelah kirinya juga kabur.Ye aku dapat melihat matanya yang agak merah dan ada kad rawatan tertulis namanya daripada Hospital Kuala Lumpur.Allahu Akbar.Besar sungguh ujian yang Siti lalui.
"Alhamdulillah,tahniah Siti kerana kamu memilih agama fitrah."Dia senyum melirik sahaja namun aku melihat sedikit pucat pada wajahnya. "Dah solat Subuh?Kalau belum kamu naiklah dan solat dulu". Aku memberitahunya.Apa jua sekalipun menempuh kesusahan biarlah solat diutamakan dulu. "Saya tidak boleh masuk masjid,saya uzur." ujar gadis mualaf itu. Aku cuma mengangguk Aku memaklumkan hal ini kepada ketua kampung yang sering solat Subuh berjemaah usai mereka selesai mengaminkan doa. Selepas sedikit perbincangan, aku dapat mengumpulkan jumlah kutipan dan diserahkan kepada gadif mualaf ini. Jumlahnya dalam RM 70.00. Dia mengucapkan terima kasih dan rasa sangat bersyukur ke atas pertolongan yang dihulurkan. Dalam serba salahku juga , aku menawarkan diri untuk menghantarnya ke stesen bas Segamat. Bukannya dia tahu selok belok Segamat ini. Inilah kali pertama dia sampai ke Segamat. Itupun hanya sampai di sebuah pekan kecil iaitu Buloh Kasap. Namun dia menolak dengan baik. Katanya , biarlah dia meminta pertolongan saudaranya untuk menghantar ke stesen bas. "Baiklah Siti,semoga kamu selamat dibawah perlindungan Allah S.W.T. dan selamat sampai di Kuala Lumpur" ujar aku padanya sebelum aku berlalu pulang. Dalam perjalanan, aku memikirkan nasib insan-insan yang baru sahaja memeluk Islam. Selama ini aku cuma membaca di media akhbar mahupun media massa. Seringkali mendengar rintihan mualaf dengan dibuang keluarga,hilang kawan,hilang saudara dll. Namun ada juga mualaf yang mendapat respon yang baik dari keluarga dan sanak saudara yang memeluk Islam. Mungkin asas kefahaman Islam ada pada mereka masuk Islam bukan masuk Melayu, dan masuk Islam tidak memutuskan hubungan keluarga apatah lagi dengan ibu bapa. Pada kali ini aku menghadapi dengan sendirinya pula. Bagiku Allah menghantar ujian padaku pada waktu Subuh yang hening. Ingin melihat bagaimana hambaNya menguruskan ujian itu. Kalau aku tidak tolong dia , aku takut di akhirat nanti aku akan di soal tentang hal ini.
Hal yang aku lalui membuatkan aku bersemangat untuk membantu mualaf yang baru memeluk agama Islam . Bagiku,mereka sangat menghayati Islam. Mereka lebih fokus dan tekun untuk mendapatkan kedudukan yang baik di sisi Allah S.W.T. Manakala aku yang lahir sebagai Muslim kadang-kadang lalai dan leka dgn nikmat dunia, hawa nafsu dan godaan syaitan. Semoga Allah menerima taubat dan keampunanku. Jam 07.15 pagi aku menghantar anak-anakku ke rumah emak mertua. Aku melalui jalan masjid dan menjengah untuk melihat kelibat gadis mualaf itu seandainya ada. tetapi barangkali saudaranya telah menjemput dia. Dalam perjalanan menuju pejabat, hatiku meronta untuk mencari gadis mualaf di stesen bas. Akhirnya jam 08.20 pagi , aku keluar dari pejabat menuju ke stesen bas. Di stesen bas ,aku cuma mengambil masa dalam 10 minit sahaja berjalan sambil mataku melihat seorang demi seorang dengan harapan aku dapat menemui gadis itu namun tiada kelibatnya. Ahh..Barangkali mungkin dia telah menaiki bas jam 08.00 pagi atau mungkin masih berada di rumah saudaranya.InsyaAllah,ia bukan soal gadis muda atau tidak.Ia merupakan tanggungjawab dan keprihatinan kita sebagai Muslim. kalaulah ditakdirkan nyonya yang datang ke masjid pada waktu itu, kita hulurkan pertolongan juga. Mudah-mudahan pengalaman ini menjadi peringatan muhasabah untuk diriku.
Subscribe to:
Posts (Atom)

