20 March 2014

Muzik Itu Boleh Mempengaruhi Jiwa Kita

Setiap hari kita mesti akan menggunakan kereta untuk pergi dan balik ke tempat kerja.Ataupun berjalan-jalan ke sana ke mari membawa anak-anak.Di dalam kereta jugalah kita akan mendengar  radio ataupun pasang CD atau USB untuk mendengar lagu-lagu yang kita minati.Kebiasaannya aku pun begitu.Melayan lagu atau mendengar stesen radio yang kita minati di dalam kereta membuatkan fikiran kita berada dalam rileks.Kadang-kadang kita pun boleh mengikut menyanyi sekali atau ketawa mendengar celoteh DJ radio yang ada lawaknya.
Aku terus terang,aku minat dengan muzik keras seperti rock atau metal.Bunyi bingit gitar dengan rift berat,solo membunuh,bunyi drum padu ,itulah irama yang aku anggap ia sebagai alternatif menyingkiran tekanan kerja dan sebagainya.Dari Nirvana,Metallica,Cromok,Sil Khannaz,Muse,System Of Down,Linkin Park, dan seangkatan dengannya ,lagu-lagu kumpulan itu berada dalam pendrive dan sentiasa aku putarkannya di dalam kereta.



Masa tu syok layan dan kebiasaannya aku akan buka kuat2x apabila memandu seorang diri.Maklumlah dari zaman sekolah aku terdedah dengan pengaruh kawan-kawan yang meminati aliran muzik sebegitu.Kalau masuk YouTube mulalah mencari video klip yang band yang kita minat.Aku pula suka tengok kalau kumpulan ini buat persembahan LIVE.Maklumlah kalau nak pergi konsert LIVE mereka mana mampu.Tengok Metallica datang ke Kuala Lumpur buat konsert pertama kali pada tahun lepas.Kalau hendak pergi Hard Rock Café untuk tengok band Search atau Wings buat persembahan LIVE pun aku tidak tahu.Keinginan untuk pergi itu ada.Tapi tak payah ajalah kita katakan diri sendiri berpandukan sedikit iman dan akal.Baik duit tiket yang mampu beli itu kita buatkan untuk kita dapat pahala.Cukup dengar lagu mereka pun dah ok. Kalau aku menganggap hampir 17 tahun aku mengenali muzik Metal yang banyak cabangnya, boleh aja aku cerita gebang kononnya.

Tapi lama-lama kita akan berasa sesuatu yang ada tidak kena dengan jiwa kita.Walaupun kita masih lagi melayan lagu yang kita seronok melayannya,jiwa kita tetap rasa kosong.Tengah melayan lagu begitupun aku akan secara tiba-tiba tutup radio.Diam itu lebih baik.Tenang dalam kereta tanpa mendengar bunyi muzik.Rupanya kalau kita selalu mendengar lagu lagha sahaja hati kita akan menjadi gelap dan keras.

"Sesungguhnya ketenangan bagi jiwa orang yang beriman itu adalah dari alunan Al-Quran Al-Karim. Ketenangan itu bukan datang dari muzik dan lagu, tetapi ia datang dari mengingati Allah Subhanahu wa Ta’ala".Ulamak Tersohor.




Inilah yang menjadi penenang jiwa aku dan isteri.Anak-anak aku pun suka mendengar Qasidah dan juga Zikir Terapi.sampai mereka pun menghafalnya.Alhamdulillah.Inilah pilihan yang paling baik.Setahun lebih membeli dua CD ini dan pasang di dalam kereta setiap hari,.Qasidah oleh Habib Syech bin Abdul Qodir Assegaf dan Zikir Terapi Hafiz Hamidun ini kadangkala boleh membuatkan aku secara perlahan-lahan mengalirkan air mata seperti Qasidah seperti Solatun Bissala Bissalamil Mubin yang sungguh shahdu.Begitu juga dengan Zikir Istighfar Ia menyentuh qalbu.Semoga zikir dan qasidah yang menyentuh qalbu,dapat  menghisab diriku di atas setiap kesalahan dan dosa-dosa yang lalu.Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk dan taufik hidayah.Amin Yarabbal Alamin


Mudah-mudahan anak-anak kita juga menjadi faham agama Islam dengan bimbingan kita sebagai ibu bapa.

3 comments:

Unknown said...

sama macam suami akak la..bila sorang2 dia naik kereta pasang lagi yang tak tau dia sebut apa..tapi dengan anak2 lagu berunsur agama dan nasihat je pasang nye..tenang rasa sepanjang jalan tu..tapi anak balik sekolah terus tau nyanyi lagu cinta2..heheheh...

Bunda_nora said...

Kalau balik kampung atau dalam perjalanan yang jauh bunda lebih suka dengar lagu2 slow,lagu2 nashid atau mengaji...

Shahrul Yusof said...

Muzik metal ni sesuai dengar time tengah buat kerja-kerja rutin. Kalau nak dapatkan ilham or nak ketenangan jiwa, lebih baik berada dalam keadaan senyap.

Kadang, bila time sunyi, jiwa kita lebih mudah mengingati Allah.